majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Saturday, December 24, 2011

Berita Tergempar: Saya Nak Buat Filem!

*nota kepala: Artikel ini sumpah panjang. Pastikan dalam masa 15 minit drpd sekarang anda tidak mempunyai apa-apa liqa’, janji ke kb bersama teman, kelas ganti,kelas tafaqquh, waktu solat dan hal-hal lain… pihak penulis tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan angpa antum semua… hehehe


ANDA GEMAR MENONTON FILEM/DRAMA?
ANDA SEORANG PEMINAT DRAMA KOREA YANG KETEGAQ TEGAR? SERING KELIHATAN SEPERTI ORANG BARU PUTUS TUNANG SEWAKTU MENONTON?
bukan?
ANDA SEORANG YANG GEMAR MENONTON FILEM HINDUSTAN DENGAN SEKOTAK TISU DI TANGAN? ATAU TURUT BERSORAK MENGGALAKKAN HERO PADAYAPPA YANG SEDANG MEMBELASAH SEBATALION SAMSENG SEORANG DIRI DEMI MENYELAMATKAN AWEKNYA?
bukan?
ANDA SUKA BERGELAK-TAWA SEORANG DIRI SAMBIL MENONTON DRAMA JEPUN? SEHINGGA IBU BAPA ANDA MUSYKIL DENGAN TARAF KESIHATAN PSIKOLOGI ANDA?
pun bukan?
Err… ANDA SEORANG PENAGIH TEGAR SINETRON INDONESIA YANG TETAP SETIA MENONTON HINGGA KE EPISOD YANG KE 500? WALAU CAPEK, ANDA TETAP KANGEN MENONTONNYA?
tak kot?
err… emmm… jadi ANDA SEORANG PENGGEMAR SIRI-SIRI CEREKARAMA/FILEM/TELEMOVIE MELAYU YANG TRAGIS? KELIHATAN SEPERTI BARU PULANG DARI MAJLIS KEMATIAN KELUARGA SELEPAS MENONTONNYA?
xkan tak gak kot? Agak-agak la…
err… ANDA SEORANG YANG PERNAH TERTONTON SELEKSI KISAH BENAR DI TV3 SEWAKTU PULANG DARI SEKOLAH RENDAH? SEBAB CHANNEL LAIN TIME TU SUMA CERITA TAMIL/ BERITA MANDARIN?
ATAU ANDA SEORANG YANG SANGGUP PENTENG TUISYEN UPSR DI PAGI HARI MINGGU, DEMI MENGIKUTI PERKEMBANGAN SON-GOKU DAN IKHWAH-IKHWAH SUPERSAIYAnya?

JIKA JAWAPAN ANDA ‘YA’, INI BERMAKNA ANDA TELAH MENJUMPAI TEMPAT YANG BETUL!!! TAHNIAH!!! TERUSKAN MEMBACA!!!

*blurr….. blurr….

Ini adalah kerana, saya NAMA SEPERTI DALAM IC akan dan bakal menggoncang industri perfileman tanah air, satu-satunya warga Malaysia yang Berjaya menerobos masuk lantas memecahkan panggung-panggung dan cinema-cinema di Plywood Holywood, Bolywood. Bakal mengalahkan rating drama Full House, Autumn In My Heart, Winter Sonata sebagai drama ‘most downloaded’ of the year. Bakal menyebabkan Steven Spielberg bertukar kerjaya sebagai penebar roti canai di Manhattan akibat tidak lagi tercalon sebagai Director terbaik dalam Oscar Award.
Alamak! Ter-emo plak…





     Saya akan me-remake semula drama-drama tersebut, namun dengan ending yang berbeza, yang tidak anda jangka. Hampir kehabisan stok tisu, saya nasihatkan anda segera berlari ke Mydin yang berhampiran untuk mendapatkan sedozen kotak tisu sebelum menonton filem-filem saya tersebut.

    Dinasihatkan kepada sesiapa yang telah didiagnosis atau mempunyai simptom-simptom penyakit seperti darah tinggi, paru-paru berair, taun, lemah ginjal dan batuk berkahak agar tidak menonton filem saya ini. Bahkan DILARANG KERAS untuk membawa nenek atuk anda yang telah melepasi usia 72 tahun.



ANDA SEDIA UNTUK MENONTON?



BETUL-BETUL SEDIA?






Owh… banyak cantek angpa nak tengok free… Nak tengok masjid(baca: taman tamadun Islam) pon bayaq skang ni tau? Ni kan pulak tak tengok movie.

Kecewa?

Terasa ingin menekan butang x di penjuru atas kanan anda sekarang ?

NANTI DULU!

Demi untuk tidak mengecewakan peminat-peminat sekalian, saya akan berikan kepada anda semua sinopsis semua movie-movie yang akan saya arahkan. Anda semua amat bertuah. Syah Rukh Khan mintak aritu pon saya tak bagi. Bradd Pitt merayu suruh saya email kt dye pon saya tak layan. Aaron Aziz add saya kat Pesbuk suruh saya post kat wall dye pon saya buat-buat tidur.

Bertuah tak korang?


Ha baiklah back to our setori…

Movie 1




TENGKUJUH SONATA
    
Drama 24 episod tolak 3 episod iklan ini mengisahkan percintaan epic sepasang couple yang sweet sejak zaman sekolah menengah hinggalah ke universiti hinggalah ke dewasa. Si heronya, lee hyun dae (yang ni aku hentam sumpah aku dah tak ingat) dan heroinnya younha (ni pon hentam gak) pertama kali bertemu sewaktu memanjat pagaq pagar sekolah tinggi mereka akibat kelewatan ke kelas.
   Sejak itulah bermulanya bibit-bibit percintaan sweet-sweet mereka. Filem ini tambah romantik dengan babak hero dan heroinnya bermain lempar-lempar bola salji batu di tengah-tengah kesejukan musim tengkujuh di kota  Jeli Seoul.
 
    Selepas terpisah sekian lama akhirnya mereka bertemu semula. Namun heronya telah hilang ingatan dan dah tak kenal dah awek cunnya dulu. Namun dah kelaziman drama korea, sedikit demi sedikit memori manis mereka dahulu bermain banjir dan menjala belut sewaktu musim tengkujuh kembali menjengah ke dalam ingatan. Setelah ingatannya pulih 90% (hadis sem 3 dia tak ingat lagi) seperti juga kelaziman drama Korea muncullah satu lagi watak perempuan cun yang ingin merampas lee dari kekasih lamanya. perempuan perampas tu sedikit demi sedikit kacau daun dalam perhubungan mereka.
 
    Akhirnya Lee dan perempuan perampas tadi berkahwin dan mereka hidup bahagia selamanya…

Filem ini dihabiskan dengan babak heroin tadi yang dah putih mata meraung teresak-esak sejurus sebelum menyerbu ke arah krew produksi, err lebih tepat ke arah Director sambil menjerit “Apekehe nye yob kome buat ending macam ni!!!!!!”

MOVIE 2

sekadar hiasan

KUCH KUCH HOTAKHANG

   Filem berdurasi 1 jam setengah selepas tolak babak menari-nari tukar baju ini seperti lazimnya filem-filem Hindustan yang lain, tidak dapat tidak mesti mengandungi watak

1.hero hensem+kuat+pandai menari+pandai menyanyi,
2.heroin cun + lemah + pandai menyanyi +pandai menari,
3.bapak kepada heroin yang garang + comfem xkan redha dengan pcintaan anak dye   ngan si hero,
4.watak ketua polis bermisai lebat + kuat makan rasuah + suka tangkap hero,

    dan tidak lupa juga watak antagonis, seorang jejaka si ketua samseng bandar Mumbai dan anak buahnya satu lori ramainya… Mungkin saya akan masukkan juga watak sidekick kepada hero, seorang yang lawak-lawak + x hensem.
 

   Kisahnya bermula dengan babak tarian zapin + ngajat tampi + sedikit joget ramai-ramai satu bandar selama 45 minit. Selepas itu barulah mengisahkan percintaan hero dan heroin yang penuh mehnah dan tribulasi.

  Heronya Sarukh Kan bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi, pointer imtihan akhir sem lepas nya pon tidaklah berada di tahap yang membanggakan sangat, namun itu tidaklah menjadi hijab kepada percintaannya dengan si heroin jelita, Kojol Kajol yang merupakan anak kepada seorang jutawan berpengaruh di seluruh India Barat. Result es pi em bukanlah sesuatu yang dipandangnya pada si hero, walaupun dirinya sendiri sangat pandai dan bakal bergelar seorang doktor  kelak.

  Si ayah yang korup pulak macam biasalah menggunakan kuasanya untuk menyuap ketua polis berperut boroi agar menangkap si hero dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan termasuk dakwaan melanggar akta Filem-filem Hindustan perkara  4771 kurungan 3 Fasal 4 yang  melarang keras seseorang hero dari bercinta dengan anak dara orang kaya.

  Di saat inilah si ketua samseng yang berpura-pura baik di depan si ayah heroin mula masuk daun. Si ayah yang dah gelap hati dan mata dek banyaknya makan rasuah memaksa si gadis heroin berkahwin dengan encik ketua samseng. Segala persiapan walimah majlis perkahwinan telah disiapkan termasuklah sebuah (eh. Sebuah ek?) unggun api yang kelak bakal digunakan oleh kedua mempelai untuk mengelilinginya.

  Si hero di dalam penjara entah macamana terdengar berita awek terchentanya bakal dipaksa kahwin dengan musuh ketatnya encik ketua samseng. Apalagi, tidak semena-mena lolos lari dari lokap, barangkali ada polis baik yang membantunya, atau sudah memang arahan si director supaya hero dapat bebas dari lokap. Tidak kira apa cara sekalipun.

  Babak klimaks sudah tentulah apabila si hero menghentikan perjalanan majlis perkahwinan aweknya, dan membawa lari si heroin entah hendak ke mana. Apalagi, seperti kebiasaannya encik ketua samseng mengeluarkan seruan jihad kepada seluruh anak-anak buahnya supaya menghalang si hero.
  Tidak semena-mena 4 buah lori penuh dengan samseng-samseng Bandar Mumbai sampai dan mengepung si hero. Itu tidak lagi termasuk 10 buah trak polis India yang datang untuk memberkas kembali si hero. Si hero dibelasah hingga separuh mati, ditambah lagi dengan efek bunyi yang gempak pasti mampu membuatkan penonton di panggung mengalirkan air mata cuak. Namun begitu bersesuaian dengan kata pepatah “Hero kalah dulu…” si hero kembali bangkit persis Padayappa dalam filem tamil dan membelasah hampir separuh samseng-samseng yang ada. Tiba-tiba….

  Tiba-tiba bunyi beberapa das tembakan kedengaran. Si hero tiba-tiba rebah tak bermaya. Rupa-rupanya encik ketua samseng telah melepaskan tembakan kea rah si hero. Si hero tidak semena-mena mati di tempat kejadian.

   Akhirnya encik ketua samseng dan cik heroin berkahwin dan hidup bahagia sweet-sweet hingga ke akhir hayat. Si ayah yang korupsi pula berjaya menjadi presiden India yang entah ke berapa, manakala tuan ketua polis misai tebal pula dinaikkan pangkat menjadi ketua polis negara….
 
Manakala si hero pula dilaporkan sekarang ini sedang mengamuk di opis director akibat rasa tidak puas hati dengan ending filem box opis tersebut yang ntah pape…

Booooo…. Booooo….Booooo…. Ape ni woi??? Pulang balik duit tiket kami!!! (sorak sorai para penonton)
Movie 3




HAIRY REPORTER

   
Hairy, seorang anak yatim piatu yang dipelihara oleh pakciknya, seorang nelayan rupa-rupanya mempunyai latar belakang yang menakjubkan! Rahsia ini terbongkar sewaktu dia menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh Hoguet, sekolah yang bakal melahirkan pawing-pawang, bomoh dan bidan-bidan kampung yang berijazah. Hal ini kerana mak dan bapak Hairy yang telah meninggal juga merupakan lepasan sekolah itu, namun telah dibunuh dengan tragis oleh Wak Demot, seokang bomoh jawa yang tersalah mengamalkan ilmunya hingga menjadi pengamal ilmu hitam yang tegar.

  Di sekolah itu Hairy mula berkawan rapat dengan Her-minah dan Ron Wak Li, yang kemudiannya menjadi besprennye hingga ke form 5.

  Bla.bla.bla.bla akhirnya Wak Demot yang dikurung di Tampoi dibebaskan dengan parol disebabkan berkelakuan baik dan kembali ke SBP Hoguet untuk kembali memburu Hairy dan menakluk dunia perbomohan!
    Bermulalah perjuangan Hairy dan rakan-rakannya untuk menumbangkan Wak Demot yang semakin hari semakin berleluasa dan berkuasa. Nak dijadikan cerita, setelah bersiri-siri cerita ini difilemkan untuk mengaut untuk berbilion, tibalah kisah Hairy Reporter ini ke siri terakhir. Para penonton bakal menjangkakan pertarungan gempak tahap dewa antara Hairy dan Wak Demot, siapakah antara mereka yang akan terkorban kerana menurut ramalan Mak Temah Encot di kementerian Bomoh, ‘yang satu tiada dapat hidup jika yang lagi satu tak mati!’




   Setelah melihat Wak Demot yang semakin berkuasa, hari demi hari, Hairy, mula berasa cuak dan gentar. Hatinya berkata “Power giler kot Wak Demot ni!” lantas beliau tanpa ragu-ragu melarikan diri ke sempadan Siam dan bersembunyi di sana. 6 bulan selepas itu, Wak Demot dengan sendirinya tetibe kalah lalu mati, Hairy pon keluar dari persembunyiannya dan beliau dan masyarakat setempat pon hidup bahagia hingga ke anak cucu...

Hip hip hooray!

   Khabarnya 31 buah panggung wayang di seluruh dunia termasuk 3 buah di Sekinchan dibakar gara-gara penamat filem ini….

wekk… Gunakan tisu tadi untuk mengelap muntah hijau anda…

Sekarang mesti anda semua benar-benar rasa nak menghentak pointer mouse anda di atas tanda ‘x’ tersebut, kan?
NANTI DULU!!!
Baiklah saya akan beri justifikasi atas artikel saya ini.
Sekarang masanya untuk sesi Moral of the Story.

Baik, sebelum itu, apa perasaan antum semua, bila membaca sinopsis-sinopsis cerita saya ini?
 
   Mula-mula, mesti semua tengah syok (err… atau saya saja syok sendiri…) baca starting cerita, tapi tiba-tiba, ku sangkakan panas hingga ke petang… (ye la banyak baju saya tengah jemur tu cik akak oi…) rupa-rupanya snow di tengah hari…

  Mungkin juga ada di antara anda yang bertindak di luar jangkaan saya apabila membaca endingnya sehingga tanpa ragu-ragu membaling laptop anda ke luar tinggkap sebagai tanda protes. Atau mungkin juga ada yang bertindak dengan lebih rasional dengan meng’uninstall’kan google chrome dan firefox anda. Atau juga mungkin ada yang sehingga sampai ke tahap berlari-lari anak ke KB untuk makan KFC bagi menghilangkan stress membaca kisah tersebut. Jutaan maaf saya minta untuk itu. :-)

  Baik sekarang saya beri anda semua pula peluang. Untuk menjadi pelakon.

Ya anda tak perlu muka sekiut Dian Sastrowidoyo dan tampan seiras-iras Andy Flop Poppy untuk menjadi pelakon! Peluang kini di depan anda! X perlu bersusah-susah berjumpa Pakcik Rosyam Nor untuk temuduga “Pilih Kasih”. (over plak…)
Baik, sekarang saya nak anda semua menjadi pelakon dalam kisah hidup anda sendiri.
Dengan skrip anda sendiri.
Pilih watak sendiri.
Direct sendiri.

(okey saya benarkan anda berangan jadi pelakon sekejap. 5 minit! Jangan teruskan pembacaan lagi!)

Dah?
Belum lagi… 3 minit lagi.

Lalala lala lala…

Dah ke?
Ok dah. Proceed.

Watak apa yang anda semua sedang jadi sekarang? Watak baik kah? Atau watak jahat?
Jangan tipu!

Baik sekarang saya nak tanya, siapa yang rasa puas hati dengan ending ketiga-tiga kisah tadi?

      Siapa yang redha perempuan perampas tadi akhirnya hidup bahagia sweet-sweet senang-senang macam tu jek?
    
     Siapa yang hatinya rasa lega dapat tau akhirnya Abang Hero Industan tu mati, encik ketua samseng dapat kawin ngan adinda Heroin, Tuan polis korupsi dapat naik pangkat, siapa?
    
     Siapa pulak yang bertepuk tangan riang gembira tengok Hairy Reporter nyorok-nyorok tetibe je Wak Demot tumpas, xyah susah-susah dah nak lawan-lawan spell, siapa?

    Siapa setuju angkat laptop masing-masing!
(sebelum tu pastikan roommate anda tiada di dalam bilik, atau beliau-beliau sedang tidur)
Baik kepada yang sedang mengangkat laptop tu sila campakkannya ke luar tingkap sekarang, atau dengan rela hatinya mewakafkannya kepada sahabat-sahabat lain.

Baik nampaknya  99.9% tidak akan pernah setuju dan redha kepada ketiga-tiga pengakhiran tersebut.

Dan saya juga yakin 0.1% yang mengangkat laptop itu hanyalah disebabkan ada seekor lipas yang ingin tumpang lalu di bawahnya.
YAKIN!.

Saya yakin manusia yang mukallaf tak akan pernah redha dengan pengakhiran sebegitu.
    Masakan yang jahat, akhirnya tidak mendapat pembalasan yang setimpal, seperti penjahat di dalam drama Gerak Khas itu, bahkan mengecapi pengakhiran yang bahagia, selamanya?
  
    Masakan hero yang tidak berbuat apa-apa, tidak berjuang hingga ke titisan peluh darah yang terakhir seperti Padayappa, dengan senang-senang mengecap kemenangan, kejayaan? Masakan!

   So sekarang, macammana dengan ‘lakonan’ anda?
Cuba anda renungkan semula plot ‘lakonan’ anda selama ini. Adakah itu lakonan seorang watak baik? Atau sebaliknya?
Adakah anda sentiasa membawakan watak hero yang sentiasa di atas kebenaran sepanjang masa, yang hidupnya sentiasa menentang kejahatan dan tidak akan pernah bersekongkol dengannya?
Atau anda selama ini rupa-rupanya sedang melakonkan watak yang macam x berapa baik?
Atau, jika menjadi hero sekalipun, hero yang tidak berjuang dengan bersungguh-sungguh, sekejap menentang kejahatan, sekejap berkerjasama dengannya?

Renungkan.

Bagi saya sendiri, series rupa-rupanya saya selama ini bukanlah seorang hero. Sidekick kepada hero pun bukan. (sob… sob… air mata mengalir pantas)

Jika kita selama ini rupa-rupanya seorang watak jahat, layakkah untuk kita mengharapkan pengakhiran yang baik, yang bahagia penuh riang gembira dalam kisah hidup kita?

Adakah kita, seluruh umat manusia bahkan Allah S.W.T redha dengan lakonan kita selama ini?
Kita tidak redha, encik ketua samseng mendapat pengakhiran yang bahagia.

Bagaimana kita boleh redha dengan ‘watak jahat’ kita untuk mendapat pengakhiran yang bahagia di akhirat kelak?

Bagaimana kita boleh redha dengan ‘watak hero penakut dan pemalas’ kita untuk tiba-tiba memperoleh kejayaan, menumbangkan kejahatan dan mengecap kesudahan yang baik?

Bagaimana mungkin?

Bukankah watak seperti kita ini layaknya mendapat pembalasan, hukuman yang setimpal di akhir cerita?

…..

Irhamna ya Allah, Ighfirlana ya Rahman…




 

No comments:

Post a Comment