majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Monday, August 1, 2011

OASIS RAMADHAN



Ku menanti oasis yang menyejukan jiwa,
Kerna ku yakinia bisa menghilangkan dahaga,
Oasis yang dingin bak salju menerpa,
Bakal menghilangkan kehausan setiap insan yang ketandusan.
Ya Ramadhan Al-mubarak, Qamarullah!,
Di saat kehidupan yang ku rasa semakin meletihkan,
Kau hadir menyiram tubuhku yang kealpaan,
Kering, tandus, kemarau jiwaku lantas bertukar menjadi tasik biru..
Oasisnya Ramadhan membawa kenikmatan dan keasyikan,
Ku teguk rakus setiap titisan dengan penuh kelazatan,
Suasana kebahagiaan seperti ini, akankah ku jumpa di lain waktu?
Hatiku bertukar menjadi syahdu..
Tiada yang kekal melainkan Allah,
Oasis yang hadir kian ketandusan,
Berakhirnya Oasis Ramadhan memberiku seribu pengajaran,
Ya Allah, ku pohon kurniakanlah oasis Ramadhan ini kepadaku di masa hadapan.
Wahai saudara seagamaku,
Imam Hassan al-Banna, pernah berkata: " Ramadhan adalah bulan Siyam dan bulan Qiyam."
Bulan yang dipenuhi dengan ibadah di siang dan di malam hari. Setiap detik, saat, ketika dan masa yang ada dilalui dengan ibadah hati, fizikal dan emosi yang menyeluruh. Inilah 'mind setting' yang harus kita tanam dan gerakkan nanti.
Sekadar perkongsian buatku untuk semua umat Islam didunia Allah. Marilah sama-sama kita sibukan diri untuk melorongkan jiwa, hati, nurani, minda dan segala-galanya yang ada pada diri kita untuk menuju ke Oasis Ramadhan ini.Inginku kongsikan beberapa nasihat yang disampaikan oleh Ketua Eksekutifku, Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman ketika sesi tazkirah baru-baru ini. Beliau telah menasihatkan agar di bulan Ramadhan yang mulia ini kita:
•Memperbanyakan taubat dan istighfar kepada Allah S.W.T. Memasuki bulan Ramadhan ini dengan jiwa dan hati yang bersih, putih dan jernih.
• Berbaiki hubungan dengan orang lain dan lupakan segala sengketa. Jadikan ia sebagai medan bermaaf maafan.
• Meminta keampunan dan kemaafan daripada kedua orang tua . Banyakan istighfar dan sedekahkan doa untuk mereka.
• Belajar dan fahamkan Fiqh Saum ( Puasa). Telaah kitab, lihat dan rujuk buku-buku karangan ulamak muktabar.
•Memperbanyakan amalan soleh. Gempurkan diri dengan ibadah-ibadah sunnat tanpa mengabaikan ibadah yang fardhu.
•Menanam azam untuk menghidupkan semua amalan soleh di dalam Bulan Ramadhan.
•Membaca Al-Quran. Letakan target secara ansur maju untuk mengkhatam Al-Quran.
•Memelihara solat berjemaah terutamanya di masjid.
•Perhebatkan amalan-amalan sunnat dalam kehidupan.
•Merancang untuk melaksanakan iktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadhan.
•Menjauhi amalan-amalan kefasadan dan kemungkaranterutamaan yang melibatkan anggota pancaindera kita.
•Perlu memelihara dan menjaga hati kita daripada dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda.
Inilah peta laluan yang perlu kita ikuti ketika kita meneguk oasis Ramadhan nanti. Alangkah bahagianya bagi sesiapa yang benar-benar bersedia untuk menjejaki Ramadhan ini. Binalah kekuatan kita dengan sebenar-benar kekuatan.
Sebelum mengakhiri sesi tazkirah, Dr Abdullah memberikan suatu penjelasan yang sangat mudah untuk melihat kayu ukur kekuatan dan kehebatan diri kita.
" Kekuatan diri kita diukur bukan kepada banyaknya amalan yang kita buat tetapi ia dinilai sejauh mana kita berusaha meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat di dalam kehidupan kita."
Semoga kita penantian kita akan menjadi kenyataan. Semoga oasis Ramadhan kita manfaatkan dan bisa menyuburkan hati yang ketandusan. Insya-Allah.

RAMADHAN DAHULUI KEBERKATAN KURANGKAN PEMBAZIRAN



Alhamdulillah, setelah setahun berlalu, Ramadhan kini muncul kembali. Bulan yang penuh rahmat dan berkat. Bulan yang di dalamnya terbuka pintu syurga manakala tertutupnya pintu neraka. Bulan pengampunan dan bulan menyucikan diri. Bulan yang nilainya melebihi bulan-bulan yang lain.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud;
"Sungguh, telah datang padamu bulan yang penuh berkat, di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, di saat dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan, dan di mana dijumpai suatu malam yang dinilainya lebih berharga dari seribu bulan, maka barang siapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sungguh tiadalah ia akan mendapatkan itu buat selama-lamanya." (Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Baihaqi)
Bulan Ramadan bukan sahaja bulan kemenangan tetapi juga bulan kesabaran, bulan menyucikan hati dan meningkatkan rohani kepada yang lebih baik dan bersih. Pada bulan ini kita bukan sahaja diuji dengan rasa lapar dan dahaga, malahan turut diuji sejauh mana kita mampu mengawal rasa marah, tamak, syak wasangka, dan segala sifat mazmumah yang harus diganti dengan sifat-sifat ahmudah.
Namun, timbul persoalan, sejauh manakah keistimewaan Bulan Ramadan ini dinikmati dan masih hormatkan masyarakat Islam dengan bulan yang penuh kemuliaan ini?
Jika kita tinjau sambutan bulan Ramadan di setiap negara Islam khususnya, ia amat berbeza sekali. Kenyataan ini turut diakui Pegawai Hal-ehwal Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Ustaz Khairil Khuzairi Omar. Beliau berkata, kehadiran Ramadan sebenarnya mendatangkan reaksi yang berbeza-beza daripada pelbagai lapisan masyarakat.
...................... Untuk mendapatkan artikel sepenuhnya, sila dapatkan ILUVISLAM Bil 73 : RAMADHAN AL-MUBARAK BULAN PENYUCIAN JIWA yang berada di pasaran.

Rencana ini dimuatkan dalam tabloid iLuvislam edisi ke-73. Antara rencana menarik dalam keluaran minggu ini adalah :
    • Anggaplah Ini Ramadhan Yang Terakhir
    • Lebihkan Bertakwa Bukan Banyakkan Makan
    • Istiqamah Beramal Bagi Meraih Cinta-Nya
    • Ubat Kuat, Bahagia Atau Derita?
    • Amar Makruf Nahi Mungkar Di Bulan Ramadhan
    • SMS Itu Tentang Kematian
    • Rahsiakanlah.. Itu Lebih Baik!
    • Menanti Ramadhan Mampukah Kita Bertemu Lagi?
    • Dan macam-macam lagi..