majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Wednesday, November 30, 2011

Sukan / Sport / Riadhah /스포츠


Sukan / Sport / Riadhah /스포츠
nantikan kemunculannya...

*Fuh! Fuh!... kene tiup dulu buang habuk-habuk kt blog ni… Dah bersawang-sawang dh blog ni… J
    Kali ni nak berkongsi tentang sukan pulak… Memandangkan kehangatan Kejohanan Futsal yang semakin membahang, hari demi hari… Dan antum dan antunna semua ni memang dah terbukti hebat bersukan, jadi juara dah pon team akhawat maj 4 sem lepas (yang ikhwah pon tak kurang gak terernye… hehe J)
   Kalau kita perhatikan ke ceruk bahagian dunia manapun, kebanyakan manusia ni memang cukup suka dengan bersukan… dari penjuru peta dunia di Jepun, Fiji, Tongga, menganjur ke kepulauan Melayu Malaysia, Indonesia, Brunei, menganjur jauh lagi ke India Pakistan Bangladesh, jauh lagi ke Jazirah Arab Kuwait Saudi Yaman terus lagi ke pelusuk bumi Afrika hinggalah sampai ke ceruk dunia sebelah sana Mexico, Puerto Rico dan Panama… boleh katakan semuanya tau tentang sukan… tapi dalam bahasa masing-masing la… Jadi jika antum tidak suka bersukan, Awas. antum mungkin kurang normal... :-)



 Manusia ni kalau time bermain/bersukan semua masalah boleh tolak tepi, (kecuali masalah penglihatan). Oleh sebab melihat betapa globalnya medium sukan ini, boleh merentas sempadan-sempadan bangsa, (kalaulah Drogba tu tak pandai bersukan agak-agak ada tak org msia ni suka kat dia…?) agama, puak, ideologi,  maka tak salahlah kalau nak dikatakan medium sukan ini merupakan satu medium penting untuk Islam menyusup masuk kedalam hati masyarakat.
Ahmadinejad juga suka bersukan...
Macam mana?
 

Islamisasikan Sukan Itu Sendiri
 

  Islam akan dapat sampai kepada masyarakat tidak lain dan tidak bukan dengan kita “Islamkan” sukan itu sendiri…

Macam mana?
  Kita tak perlu kepada pemain bola yang pakai kopiah serban,
  tak perlu kepada pemain netball yang main sambil pegang tasbih,
  Bahkan tak perlu pun kepada pengadil yang berjubah putih bershawl segala bagai… 
Serius tak perlu. Serius.
 Islam tu sendiri pun tak semata-mata berdiri atas kopiah, serban, tasbih tu semua. Tak berdosa pun korang kalau tak buat tu semua…
   Islam tu berdiri atas akidah, syariat, akhlak. Jadi jika dapat letak semua aspek ni dalam sesuatu sukan tu pun dah cukup untuk kita kata yang kita dah berjaya Islamisasikan sukan tu…


Bayangkan seorang pemain futsal/bolasepak/netball/takraw/gimnastik yang cukup lengkap akidahnya, syariatnya, akhlaknya.

Rasanya dah cukup untuk buat Islam tu sampai ke hati masyarakat.

Untuk buat orang nampak Islam ni tak terkurung dalam masjid-masjid dan pondok-pondok…

Seorang pemain yang yakin menang dan kalahnya itu bukan semata-mata atas usahanya…

Seorang pemain yang auratnya sentiasa terjaga, pergaulannya tidak merata-rata…
 
Seorang pemain yang tak mencarut-carut apabila gagal menjaringkan gol…



Orang akan dapat lihat dalam diri pemain-pemain ini Islam itu sendiri…

Bukan hanya terbatas pada skill-skill nya…

Orang akan tersedar Islam ini boleh dibawa ke mana-mana, bukan tertinggal di tangga-tangga masjid (bagi yang keluar masjid terus curi selipar orang lain)

Orang akan tersedar Islam ini cara hidup.

Orang akan dapat beza yang mana Islam yang mana Jahiliah…

Orang akan dapat banyak lagi….

Kita Menang Atau Kalah, Islam Tetap Menang

Apabila adanya pemain/ pasukan Islam seperti ini… Kita tak perlu tunggu hingga wisel penamat… Kita tak perlu Hasbullah Awang jerit GOALL!!!!,

Islam telah menang pada saat pertama mereka menjejakkan kaki dalam gelanggang…

Mereka kalah atau menang dalam perlawanan itu, bukan perkara terpenting…
Islam telah menang di hati masyarakat…
Masyarakat telah lihat Islam menewaskan Jahiliah…

Kemenangan apakah lagi yang lebih penting bagi kita semua selain daripada kemenangan Islam?


Nasihat Untuk Penyokong

Ciri-ciri yang disebutkan di atas tadi, bukan hanya untuk pemain sahaja…
Bahkan penyokong lebih penting untuk mempraktikkannya…
Kerana penonton lebih ramai jumlahnya…
Di dalam padang kita hanya ada 11 orang da’ie yang bawa imej Islam, tetapi di luar padang??? Kita ada berpuluh-puluh ribu da’ie… Orang akan lebih terkesan dengan yang itu…

Kalau penyokong tiada imej Islam orang akan kata:

“Nama ja kelab Islam, tengok tu penyokong depa dok bakaq bendegha…”

“Kata bawak Islam, tengok tu penyokong diorang mencarut-carut kalah…”

“Islam ape camni, bila kalah tak terima takdir, macam orang xde tuhan!”

Perhatikanlah wahai penyokong…
Mana yang lebih kita mahu?
Majmuah/negeri/negara kita yang menang atau Islam yang menang?

Amat terasa pedih bila dengar kata-kata ni... Rasa tertampar.

“Ada tarbiah ke takde tarbiah ke, bila tengok bola semua sama…”

sebab kita setitik, rosak tarbiah sebelanga…

Akhir Kata, Selamat Bersukan

Akhir kata, selamat bersukan saya ucapkan.
Jadikan kejohanan futsal ini, dan aktiviti-aktiviti sukan lain satu medan amal buat kita semua…
 Semoga ia dapat merapatkan ukhuwah kita semua…
Semoga di akhirat kelak, ia dapat menjadi hujjatun laka, bukan hujjatun ‘alaika…
Maaf atas segala salah silap...


“MAJULAH SUKAN UNTUK ISLAM”