majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Monday, November 29, 2010

Syukran ustaz

halalkan ilmu kami ustaz

 Sekitar majlis perpisahan dengan ustaz osman....

Monday, November 15, 2010

Tujuan


Pada suatu ketika Albert Einstein pernah ditanya oleh seseorang.

"Jika kau bertemu dengan Tuhan apakah yang ingin kau tanyakan?"

Lantas Einstein menjawab

"Jika aku bertemu Tuhan aku ingin bertanyakan bagaimana Tuhan menciptakan alam ini."

Beberapa lama kemudian Einstein kembali menemui orang yang bertanya itu dan berkata:

"Aku ingin membaiki jawabanku."

"Sekiranya aku bertemu tuhan aku ingin bertanya kepada Tuhan kenapa Tuhan menciptakan alam ini. Supaya

aku mengetahui untuk apa aku diciptakan di dunia ini."



Begitulah bagaimana manusia bergelut dengan hati nurani mereka untuk memahami kenapa mereka

diciptakan di atas muka bumi ini. Kerana mereka merasa tidak patus mereka diciptakan hanya sekadar untuk

makan, minum, tidur, bermain, mencari harta, kemudian mati.

Jauh di sudut hati mereka yang terdalam mereka merasakan hidup ini ada misinya, ada tujuannya yang harus

mereka tuju.

Jadi beruntunglah kita dihidupkan Allah di dalam nikmat Iman dan Islam. Kita dapat memahami dengan jelas

tujuan hidup kita, tujuan kita diciptakan.

Iaitu untuk kita menyembah Allah. Pemilik sebenar jiwa-jiwa kita.

Sunday, November 14, 2010

Esok, wukuf.







Di Arafah, dua kekasih, pernah bertemu
Di Arafah, harap cinta, dan doa adalah,
Bisikan cinta yang berat sebelah...
Bisikan cinta yang berat sebelah...
...

Terima Kasih, Dan Terima Kasih.

Terima kasih, dan terima kasih.

  Terima kasih. Dan terima kasih. Tujuan entri kali ini ialah untuk merakamkan jutaan ucapan terima kasih, dan terima kasih kepada beberapa insan. Yang telah banyak berkorban, dan akan berkorban untuk majmuah empat. Awal November lalu, ahli majmuah 4 telah sepakat untuk melantik saudara Khomarul sebagai mas’ul yang baru menggantikan mas’ul yang lama, saudara Mukhlis. Dan posisi saudari Masyitah sebagai mas’ulah digantikan oleh saudari Hafizah.


Terima kasih, Saudara Mukhlis, Mas'ul sem 1

  Justeru, post ini didedikasikan kepada 2 orang mas’ul(mas’ulani) majmuah 4, sebagai mengungkapkan rasa terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini, dan akan datang. Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat 2 orang mas’ulah(mas’ulatani), saudari Masyitah dan Hafizah, yang telah banyak, dan akan banyak, mencurah bakti kepada majmuah ini. Kita sendiri menyedari, tugas sebagai mas’ul dan mas’ulah ini bukanlah tugas yang mudah. Justeru amat wajarlah kita untuk menghargai, dan menghormati mereka ini.

Saudara Mukhlis, yang telah secara rasminya melepaskan jawatan sebagai mas’ul merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada ahli majmuah yang telah banyak memberikan kerjasama bagi memudahkan sedikit-sebanyak tugasnya sebagai mas’ul pada semester lepas. Saudara Mukhlis juga mengharapkan agar ahli majmuah dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mas’ul dan mas’ulah yang baru. Tidak lupa juga diselitkan sedikit nasihat dan peringatan buat penggantinya iaitu supaya “jangan tension-tension.”
Terima kasih. saudara Khomarul, mas'ul sem 2

Manakala saudara Khomarul pula mengaku amat terkejut dan langsung tidak menyangka akan dipilih sebulat suara sebagai mas’ul baru. Mengaku sedikit terbeban, namun beliau menyedari jawatan itu adalah taklif, bukannya satu kebanggaan. Saudara Khomarul juga mengharapkan komitmen sepenuhnya daripada ahli majmuah demi kebaikan bersama. Namun dalam masa yang sama tidak lupa memberi beberapa peringatan  kepada ahli majmuah antaranya ialah “jangan lupa bayaq duit yuran” dan “mai kelas awai”…
  Marilah kita sama-sama mendoakan agar perjalanan kita dalam semester ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
  Dan buat kesekian kalinya lagi kami mengucapkan terima kasih, dan terima kasih.
Apa yang penting, kerjasama...


*asif, gaya bahasa seperti gaya bahasa berita… JJJ
*tidak lupa juga buat ahli-ahli jawatankuasa yang baru, terima kasih, dan selamat menjalankan tugas antum wa antunna.
*buat ajk multimedia yang baru, diharap dapat mengimarahkan blog kita ini… JJJ
 

Saturday, November 13, 2010

Suara dari dinding madrasah...


Suara dari dinding madrasah
Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga
anak2 memang merindui iklim penuh bermakna
tidak juga kau bantah simeni retak lantai rumah
memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada
anak2 memang memerlukan kebijaksanaan orang tua

tapi,kau merangsang mereka mengetepi rehal
mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal
memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa
sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya

aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat
atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat
asalkan sejemaah kita masih setia menghadap kiblat
selamat ke matlamat syahdu membahagiakan rakyat
dan bertambah teguh iman sesihat dunia dan akhirat

tapi, meggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani
kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukum
tidak kan ku rela otak dan hati begitu berbalah
apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura2
memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara

aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah
menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata
bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah
kemudiannya berkhutbah tenang bahagia lara ummah
pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera
aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama
berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah
apa yang ku pinta demi lestarinya sanubari Islami
memelihara madrasah dan jawi yang mulai dilupai
tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

by A.samad Said

Belajar untuk periksa? Periksa untuk belajar?

Periksa, yang banyak buat orang siksa...


  
 Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T, Tuhan Seru Sekalian Alam, pemilik jiwa-jiwa kita, masih ada sisa baki nafas kita untuk dipertemukan semula dalam semester 2 ini. Dengan peningkatan semester ini diharapkan seiring dengan peningkatan ilmu dan amalan kita.
  Keputusan imtihan semester lepas Alhamdulillah telah selamat keluar bagi menjawab seribu macam pertanyaan dalam jiwa kita. Alhamdulillah, keputusan kita semua cemerlang-cemerlang semuanya… Tingkatkanlah usaha kita pada semester ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang amat berharga ini.  Dengan keluarnya keputusan imtihan baru-baru ini, dapatlah kita lihat perbezaan diantara mereka yang belajar kerana peperiksaan dan mereka yang belajar kerana ilmu.
  Bagi yang belajar semata-mata untuk mendapatkan pointer yang tertinggi, sekiranya keputusan mereka kurang baik maka mereka akan merasakan seolah-olah segala usaha mereka sepanjang semester lepas sia-sia belaka. Segala penat lelah mereka bersengkang mata, usaha keras mereka menyiapkan tugasan-tugasan hanya membuang masa mereka. Alangkah malangnya mereka ini. Mereka seakan terlupa yang usaha keras mereka itu jika diniatkan kerana Allah ianya merupakan satu bentuk amal soleh dan jihad.
peperiksaan di Afghanistan...

  Namun bagi yang berhempas pulas menuntut ilmu sepanjang semester lepas, namun mendapat keputusan yang kurang baik, mereka ini tidak akan gundah gulana. Mereka ini yakin itulah yang terbaik buat mereka. Mereka akan bersangka baik “mungkin jika aku mendapat keputusan yang baik aku akan menjadi takbur, dan jauh dari Allah”, “mungkin Allah menyuruh aku bersabar atas ujian ini untuk dikurniakan pahala kepadaku.”
Dan jika keputusan mereka baik pula mereka akan segera mengembalikannya kepada Allah. “Kejayaanku ini sesungguhnya adalah daripada Allah, usaha kerasku itu tidak punya apa-apa makna, hanya ikhtiar dan amal solehku.” Begitulah mereka ini memandang setiap sesuatu dengan pandangan yang positif. Kerana mereka percaya baik buruk sesuatu itu ialah bagaimana kita menghadapinya. Kerana yang telah berlaku itu takdir. Baik buruknya ialah bagaimana kita menanggapi takdir itu. Keputusan yang kurang baik itu adalah takdir. Baiknya ialah sekiranya dengan keputusan kita yang kurang baik itu semakin mendekatkan diri kepada Allah, semakin kita menyedari kekerdilan diri kita. Buruknya ialah jika dengan keputusan kita itu menyebabkan kita mempersoalkan takdir Allah.
  Ketahuilah peperiksaan itu hanyalah sekadar wasilah, ilmu dan redha Allah itu hadafnya. Peperiksaan itu hanya sekadar kayu ukur kefahaman kita terhadap ilmu. Kita menuntut ilmu bukan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Tetapi kita nak dapatkan keputusan cemerlang untuk mengukur sejauh mana kita ilmu yang dikuasai.
  Namun jangan pula disalah ertikan penulisan ini sehingga menyebabkan kita malas menghadapi imtihan. Kerna itu tanggungjawab atas diri kita. Usaha mati-matian perlu dalam imtihan, untuk bukti kita bukan sekadar main-main dengan ilmu. Untuk buktikan seorang Muslim dan Muslimah itu perlu jadi terbaik dalam setiap bidangnya.
Bagaimana pula dengan meniru? Bolehkah ianya dikatakan usaha? Ha yang itu tepuk dada, tanyalah ustaz-ustaz atau ustazah…..
 Ingatlah setiap ujian itu diuji untuk sabar, dan setiap nikmat itu diuji untuk syukur…..
BERSIAPLAH UNTUK MENGHADAPI ‘FINAL’ EXAM…

Final Exam...