majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Tuesday, August 31, 2010

pak mat...

Pak Mat seorang petani yang hidup dalam kesederhanaan. Namun Pak Mat bahagia dengan apa yang dimilikinya. Sebuah rumah yang sederhana, isteri dan anak yang penyayang. Pada suatu hari, seorang lelaki, menceroboh rumah Pak Mat, merampas harta bendanya, membunuh anak dan isterinya, namun Pak Mat sempat membalingnya dengan batu. Lelaki itupun lari.
Keesokan harinya, penduduk kampung berkumpul di hadapan rumah Pak Mat, polis berkumpul dihadapan rumah Pak Mat, tentera berkumpul di hadapan rumah Pak Mat, lalu segala macam lagi pasukan bersenjata yang dapat kamu fikirkan berkumpul di hadapan rumah Pak Mat. Mereka ingin bunuh Pak Mat. Mereka ingin halau Pak Mat. Mereka ingin usir Pak Mat. Pak Mat yang sedang memeluk jasad isteri dan anaknya itu mereka katakan pengganas. Ya, Pak Mat ialah pengganas. Dalam masa yang singkat tersebar berita Pak Mat, pengganas itu telah berjaya mereka halau. Ya, Pak Mat mesti dihalau. Dia telah membaling batu kepada seorang lelaki hingga berdarah kepalanya. Pak Mat ganas. Dia harus dipenjara. Rumah Pak Mat harus diberikan kepada lelaki yang berdarah kepala itu. Kasihan lelaki itu. Lalu penduduk kampung berpusu-pusu datang membawa bantuan kepada lelaki itu. Ketua kampung memberi sumbangan wang yang akan cukup menanggung lelaki itu sehingga ke anak cucu. Kasihan lelaki itu. Itu masih belum cukup. Pihak polis, tentera, dan segala macam lagi pasukan bersenjata yang dapat kamu fikirkan perlu dikerah mengawal rumah Pak Mat yang kini jadi milik lelaki itu, Kenapa? Bimbang Pak Mat yang telah dipenjara itu dapat melepaskan diri dan membaling batu kepada lelaki itu lagi. Ya, Pak Mat merbahaya. Dia pengganas!
Lalu bagi kita yang sihat akal fikiran ini akan terfikir. Seperti apakah mereka dalam kisah ini berfikir? Apakah mereka tidak punya otak? Mustahil kisah ini benar-benar berlaku.
Namun seperti inilah BARAT berfikir. Dan memaksa kita untuk berfikir. Penduduk Palestin yang tanah air mereka diceroboh rejim Zionis, anak isteri mereka dibunuh rejim Zionis, perlu diusir dari negara mereka, perlu dipenjarakan, perlu dikenakan segala macam bentuk sekatan ekonomi. Kenapa? Sudah tentulah kerana mereka itu ganas. Mereka bertindak keterlaluan sehingga tergamak membaling batu ke arah tentera Israel yang berada dalam kereta kebal itu. Mereka tergamak melastik batu ke arah tentera Israel yang berada di dalam helikopter Apache itu. Mereka sudah keterlaluan sehingga berani mereka menuntut tanah air mereka yang kini jadi hak Zionis itu. Kasihan Israel itu. Tentu tenteranya hidup dalam ketakutan bimbang dibaling batu oleh penduduk Palestin. Tentu mereka bimbang helikopter mereka jatuh dilastik kanak-kanak Palestin itu. Bagaimanalah mereka nak meneruskan kehidupan mereka itu. Apalah ada pada kereta kebal Merkava Mk4 mereka itu jika nak dibandingkan Bridget Al-qassam yang berjalan kaki itu. Bagaimanalah helikopter penggempur Apache mereka jika terpaksa berhadapan pelancar roket pengganas Hamas yang dibuat sendiri entah menggunakan bahan apa itu. Apalah nasib tentera mereka yang menggunakan senapang Tavor TAR-21 itu andai berbalas tembak dengan senapang patah milik penduduk Palestin. Maka BARAT pun merintih mengenang nasib Israel. “Oh malangnya nasib kamu Israel. Gara-gara mengabaikan larangan hari Sabath hingga kau dihukum tuhan sebegitu rupa”. Maka menitislah air mata BARAT dan sebilangan pemimpin dunia yang lain mengenangkan nasib Israel itu. Maka mereka bertekad. Nasib Israel perlu dibela. Maka melimpah ruahlah dana-dana bantuan masuk ke bumi Israel. Israel dibekalkan beribu-ribu unit senjata yang paling moden agar mereka tak lagi menderita dibaling batu-batu Palestin. Helikopter Apache tidak mencukupi. Israel perlukan jet pejuang f-35 agar tak jatuh dilastik kanak-kanak Palestin. Israel perlukan nuklear untuk berhadapan serangan roket pengganas Hamas itu. Lalu, segala macam bentuk bantuan pun tiba untuk membela nasib Israel yang malang itu. Amerika yang mangaku sebagai “Polis Dunia” itu merasa bertanggungjawab untuk membantu nasib Israel yang ibarat telur di hujung tanduk dek kerana ancaman lontaran batu penduduk Palestin. Maka Amerika berasa terpanggil untuk membantu menukarkan hakmilik tanah Palestin kepada Israel. Maka terjadilah Perjanjian Oslo dan segala macam bentuk perjanjian dan rundingan agar Israel tak terus manangis. Kalau boleh, bangsa Palestin perlu terus dilenyapkan dari muka bumi untuk menghapuskan air mata Israel yang menderita.
Lalu bagi kita yang sihat akal fikiran ini akan terfikir. Seperti apakah BARAT ini berfikir? Seperti apakah sebahagian besar dari penduduk bumi hari ini berfikir? Dan seperti apakah jua sebahagian besar pemimpin-pemimpin dunia, termasuk pemimpin negara-negar Arab sendiri berfikir? Lalu seperti apa kebanyakan dari kita sekarang berfikir? Apakah mereka semua tidak punya otak? Tidak punya hati? Namun, tidak seperti kisah Pak Mat tadi. Kisah ini benar-benar berlaku hari ini. Berlaku dan masih sedang berlaku.

Pencari...

apakah yang ada dalam hati si pencari? jika bukan apa yang dicari...
apakah kebahagiaan si pencari? jika bukan apa yang dicari...
begitulah dasyatnya hubungan pencari dan apa yang dicari...
apalah makna pencari jika tanpa yang dicari...
persoalannya adalah apakah kita seorang pencari?
jika ya apakah yang kita cari?
bermaknakah apa yang cari itu untuk kita curahkan seluruh usia hidup kita mencarinya?
benar-benar bahagiakah kita setelah menemuinya kelak?
adakah kita tidak tersalah cari?

huhu jom cari lailatul qadar....

-JalanMU itu HadafKu-


Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa
Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini
Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa
Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Saturday, August 28, 2010

alhamdulillah......

alhamdulillah....
akhirnya majmuah 4 telah mempunyai blognya sendiri......
walaupun kenyataannya telah terlewat kerana kita tidak lama lagi akan mengakhiri perjalanan kita di semester satu dan menapak selangkah lagi kehadapan untuk bergelar pejajar semester dua pula....
Diharapkan blog ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin untuk tujuan kebaikan di jalan Allah...
Antum dan antunna bolehlah menggunakan blog ini sebagai medan untuk berkongsi maklumat dan ilmu dengan ahli majmuah yang lain..
Antum dan antunna juga bolehlah menggunakan blog ini untuk memberi tazkirah harian, memberi penerangan tentang subjek yang dipelajari atau apa-apa yang antum dan antunna rasa dapat memberi kemaslahatan kepada majmuah 4 ini....
Wallahualam......