majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Monday, December 12, 2011

APIUM NP ITU INDAH. : sebuah kajian, coretan sepanjang semester 1. (Sambungan)


aku, no sepuluh dari atas.

  Ha, aritu kan ana (skang kan dh masuk APIUM, tu pasal tkuar pkataan ‘ana’ tu... :-))  dah share pgalaman pertama di APIUM dan sepanjang MHS... Best wo... Rase macam nak MHS je sepanjang sem 1 tu (xnak buat assignment la tu buat-buat taksub sangat dengan MHS...) , tapi ummi dan abi ku (baca: mak dan abah) hantaq aku mai sini nak suh p belajaq, bukan suruh MHS memanjang... jadi terpaksalah ditamatkan pengalaman manis sepanjang MHS tu...

  Tapi sebelum tu nak cerita, time MHS tu ade satu slot yang paling ‘menarik’ iaitu ujian kelayakan bahasa Arab. Mula-mula aku ingatkan sape yg fail ujian ni kena pi hantaq balik umah, kalau betul memang aku dah siap-siap packing barang letak pondok guard, siap beli tiket lagi pon xpe... Haha kalau dah ‘biah solehah’ ngan ‘ikhtilat’ pon first time dengar, dah sah-sah la aku ni bengap kurang pandai dalam bahasa ahli syurga ni kan? Kan kan?



    Rupa-rupanya ujian ni cuma untuk tentukan kedudukan kelas aku dan student-student lain. Untuk pelajar API akan dbahagikan kepada 8 majmuah (majmuah pon first time ni la aku dengaq) dan pelajar APIDS dibahagikan kepada 2 majmuah. Tujuan dibahagi-bahagikan kitorang mengikut majmuah ni bukan lah untuk mendouble-standard kitorang, jauh sekali untuk meminggirkan kelas bawahan dari pendidikan arus perdana sekaligus memecahkan pelajar mengikut kasta-kasta pendidikan. (nada buletin utama)




   Tapi tujuan murninya ialah untuk menyusun pelajar mengikut kemahiran b. Arab masing-masing... Yela kalau ang tu kurang pandai B. Arab, pastu dapat masuk majmuah 1, kelas-kelas first ustaz dah suruh hang munazoroh kat depan, x ke haru? Mula la tergagap-gagap err.... ana... ana... ana ismu... sodaqallahul azim.... Jadinya pembahagian majmuah ni krenye supaya korang akan diajar selaras ngan kefahaman korang la... kalau kelas-kelas hujung tu mungkin la diajar asas-asas dulu. “Ma haza? Haza harfu Alif. Wa hua harfu awwal min hurufin Arabiyyah...” lebih kurang mcm tu la pemikiran aku time tu...

  So, bermula la perancangan jahat aku. Kirenye aku ni nak duk kelas tengah-tengah je la... tak nak depan sangat, taknak belakang sangat. Duk kelas belakang-belakang kang takut jatuh standard, duk kelas depan pulak memang la standard x jatuh, tapi takut aku pulak yang jatuh bangunan x dapat jawab soalan pensyarah dlm kelas. Jadi aku bertekad nak jawab lebih-lebih kurang je... otak aku disetting supaya tak pandai sangat, tak bodoh kurang pandai sangat. Tapi susah kot soalan tu...

  Haha. Lihat dimanaku kini berada. Kira misi aku berjaya gak la (walaupun aku sebenarnya rasa 4 ni atas sangat lagi, aku target m6 m7 mcmtu je...) Tapi aku rase sistem ujian ni macam tak berapa nak betul je keputusannya... Ramai je student power-power yang dapat majmuah 8, dan ade je yang hampeh-hampeh (err..,AKU LA TU!) dapat masuk majmuah 4... haha entahla, mungkin dyorg tiru pelan strategi aku kot... (ntah-ntah korang semua ni pon same berlakon je time test aritu kan??? Patut power-power je result final masing-masing!)

  
    Jadi begitulah kisahnya bagaimana aku dicampakkan untuk bersama-sama korang di majmuah 4 ni... Aku ingat lagi time kelas mule-mule dulu bukan main cuak sorang-sorang time nak lantik jawatan mas’ul dan mas’ulah, takut tanggungjawab berat tu kena atas bahu sendiri. Akhirnya sebulat-suara memilih Yasin dan Masyitah menjadi barisan kepimpinan m. 4... Fuhh, lega time tu takleh nak habaq la...


Pengalaman Sem 1
Kalau nak cerita semua pengalaman aku kat m4 time sem 1 ni memang x tercerite la... Silap2 boleh jilidkan jadi tebal buku Harry Potter kat maktabah tu.. So aku hanya nak share beberapa pengalaman yang aku rasekan berharga time sem 1 ni...

1. Mufradat bertambah
-Setiap hari duk kat sini, ade-ade aje mufradat baru yang dapat dipelajari. Contohnya, pkataan ‘mufradat’ ni sendiri aku baru tau setelah beberapa ketika duduk kat sini. Aku bertatih mengenali mufradat-mufradat baru hari demi hari. Dari pkataan ‘hissoh’, ‘mas’ul’ , sampai lah ke ‘maktabah’. Semua tu aku baru kenal lepas duk mngaji kat sini. Mufradat-mufradat baru ni aku pelajari sama ada di dalam kelas, atau melalui sahabat-sahabat dan senior, juga melalui istilah-istilah yang dah menjadi budaya kat bumi NP ni... sekarang ni Alhamdulillah, kalau korang campak aku ke tengah-tengah padang pasir kat negara Arab, Insya- Allah aku dah pandai nak mintak ayaq dalam bahasa arab kt unta-unta kt situ. Hahaha


2. Kelas tafaqquh

-Keistimewaan duk mengaji kat sini, selain dapat memperkasakan bahasa Arab, aku juga dapat menimba sedikit-sebanyak ilmu-ilmu agama melalui slot yang dipanggil “kelas Tafaqquh”. Mula-mula dengar tu terpikir gak apekemendenye ‘kelas tafaqquh’ ni? Rupe-rupenye kire macam kelas belajar kitab-kitab ulama la lebih kurang... Kelas ni dilakukan lepas solat Maghrib di Dewan Johor. Kitab yang dipelajari ialah Bulughul Maram(hadis), Matan Al-Jurumiyah(Nahu), Matan Bina’(sorof) dan lagi satu buku pasal perundangan syariah(yang ni sampai sekarang aku tak tau tajuk dye, so spe tau bleh la share-share.

-Antara keunikan yang aku dapati dalam kelas ini ialah sesi soal jawab selepas habis sesi pembelajaran. Yang uniknya kt sini soal jawab dilakukan dengan cara hantar mesej kt handset ustaz. Lepas tu ustaz akan jawab. Aku yakin kalau la pakai cara tanya depan-depan memang boleh bilang ngan kuku je brape orang yang tanye. Haha. Berbalik semula soal ptanyaan melalui handset tu, ye r bagi aku memang unik la, kalau kat sekolah dulu(bagi yang dok ostel la) jangan mimpi la nak dapat mesej-mesej ustaz ni... memang korang anak jutawan la kalau buat macam tu. ‘Ustaz-ustaz, saya mempunyai satu kemusykilan. Bagaimana cara untuk qadha solat subuh?
Yang benar- fulanah binti fulanah’
   Jawapan tu mungkin la korang akan dapat, tapi handset korang tu aku tak jamin la boleh dapat balik ke tak...

- Dan lagi satu keunikannya ialah soalan budak-budak kat sini memang stok-stok luar alam la. Lengkap mencakupi seluruh aspek kehidupan. Pernah korang bukak Tanyalah Ustaz kat tv9 tu, tetibe ade orang email soalan “Ustaz, agak-agak bile biasiswa boleh masuk? Saya dah pokai dah ni, hari-hari makan biskut mayat je..” Ade? Ha kat sini ade. Agak-agak ustaz nak kena rujuk bukak kitab tua mana nak jawab soalan tu? Bukan tu saje, macam-macam lagi la soalan-soalan pelik sampai korang akan rase ‘keypad handset budak ni rosak ke? Biar betul tnye soalan mcm tu...’ ahahaha.
sempoi...

3. Hubungan Senior-Junior

-Aku memang la pernah ade senior dan junior time kat sekolah dulu. Tapi aku rase macam senior ngan junior kat sini macam lain. Entah. Lain sangat. Time kat sekolah dulu macam biasa la kan kita akan disuruh hormat senior-senior besar. Tapi hormat time tu atas dasar takut, bukan atas dasar hormat dengan erti kata yang sebenar-benarnya. Sape yang lagi taiko, dye la yang orang hormat lebih. Dan macam biasa la hormat tu hanya sekadar depan die je la... kat belakang memang @#^%$ la... Tapi senior kat sini (jujurnya tak semua la...) aku hormat luar dalam. Dah la time MHS dulu takde nak buli-buli student, pastu dekat nak tiap-tiap pagi ada je yang sanggup pergi bilik ke bilik kejut kitorang subuh. Kalau ada yang sakit, senior Mpp kebajikan la yang jadi nurse, kalau ada yang keracunan makanan, senior-senior gak la yang kesana-kemari buat survey. Sampaikan time ‘blackout’ pon dyorang gak yang kena. (mesti dyorang dalam hati “apa kau semua ingat aku ini pakcik TNB itu pon aku yang kena settle. Hahaha tapi aku yakin dyorg ikhlas)

-Dan senior-senior ni jugak la yang banyak ajar aku mcmmna nak bawak diri kat bumi NP ni, banyak kenalkan aku kepada Islam yang sebenarnya. Ajak aku p usrah, ajak kuar makan same-same, ajak qiamullail. Aku kagum tengok macamne dyorg bhgikan masa antara t.jawab jawatan dyorg, belajar dan kehidupan peribadi dyorang.
KALAU ADA ABANG KAKAK SENIOR YANG BACA ENTRI NI AKU NAK UCAP “UHIBBUKUM FILLAH” KAT KORANG SEMUA.

*kalau ada antara korang yang jadi pimpinan semester ni aku sangat harap korang dapat berbuat baik dan tunjukkan qudwah yang baik kat adik-adik. Mungkin nampak macam xde orang yang peduli gerak kerja korang, tapi yakinlah sedikit sebanyak akan ada yang terkesan dengan keikhlasan korang.


4. Pensyarah-pensyarah yang super best.

-Sejak di bangku sekolah lagi aku (korang aku tak pastilah) telah dimomok dan didoktrinkan oleh sebahagian cikgu aku tentang universiti. Selain daripada time kt universiti ni dah di’halal’kan bercouple, antara yang selalu diulang sebutkan oleh cikgu-cikgu sekolah ialah tentang pensyarah di U. Antara ayat-ayat yang popular ialah “kamu time kat universiti nanti, dah takde sesiapa dah yang nak tegur kamu. Pensyarah sekadar keluar masuk kelas je bagi kuliah, muka kamu pun dye tak kenal...”
 
Tapi sekarang ni mungkin aku boleh kata yang aku boleh sangkal kenyataan cikgu aku tu. Pensyarah kat sini semua cooolio abis kot. Masing-masing ade style tersendiri. Tak kira la daripada Dr. Alwee, Ustaz Nawi(baca: Dr. Nawi), Ustaz Osman, Dr. Muhiden, Ustaz Hazrul,Ustaz Akhbar, Teacher Hanunah dan ramai lagi. Semua ‘beliau-beliau’ ni memang super cool r... Mereka bukan hanya sekadar pensyarah yang keluar masuk kelas, bukak buku tutup buku. Tapi mereka ialah ‘guru’ kitorang dari erti kata yang sebenar. Mereka ni tak pernah kedekut nak beri nasihat dan teguran untuk membimbing pelajar-pelajar.
 
Juga tak kurang best nya Teacher Favourite M4, Teacher Hanunah. Teacher yang sanggup berhempas pulas mengajar bahasa Inggeris kat kami ni yang mata tak biru, hidung tak mancung, kulit kelabu asap, rambut tak blonde. Terpaksa bersabar dengan kerenah kami ni yang sorang-sorang cakap Inggeris mengalahkan bunyi Mat Salleh belajar cakap Terengganu. Teacher juga seorang yang tak putus-putus memberi nasihat dan dorongan kepada kami (dengan style beliau yang tersendiri
pastinya. :-)). Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
bersama teacher

5. Classmates yang hebat-hebat

- Rasa bertuah sangat dapat classmate yang power-power macam korang. Nampak macam sempoi je masing-masing, rupe-rupenye semua ni (aku tak la..) superstar-superstar kat sekolah masing-masing dulu. Ada yang ketua pengawas, penolong ketua pengawas, ketua umum, Presiden Badar, Ketua Pengawas Pusat sumber, ketua pengakap, puteri Islam, Pandu puteri, ketua JPJ kelas dan macam-macam lagilah... wah... respect la sama lu!

6. Jamuan

-Haha majmuah 4 ni memang terkenal dengar jamuan-jamuan. Sebut aja segala peristiwa-peristiwa besar, bukak sem, pasca-bukak sem, cuti mid sem, awal muharram, awal safar, awal asha’ari,iftar jama’i, sebelum exam, lepas exam, sebelum cuti sem, semua kitorang pakat-pakat buat jamuan. Gempak kan? Nasib baik tengah-tengah cuti sem xde yang call “jom jamuan majmuah, jom!” haha. Melalui jamuan-jamuan ini aku rase dapat melatih kerjasama antara ahli majmuah. Dan yang paling pentingnya dapat mempererat ukhuah antara ahli majmuah. Cuma aku harap di masa akan datang jamuan-jamuan seperti dapat diisi dengan pengisian-pengisian bermanfaat, bukan sekadar pengisian perut. Maaf, just pandangan aku la.


7. Rehlah
- Haha yang ni saje aku letak point yang last sebab aku rase ni la aktiviti last kita semua time sem 1 kan? Erm, bab-bab rehlah ni aku taknak komen banyak-banyak, harap kita dapat ambil manfaat daripadanya, dan perbaiki apa yang kurang.


Tu je la kot. Sebenarnya banyak sangat lagi, sangat-sangat banyak lagi benda nak share ngan korang. Tapi tak larat nak taip. Dan korang lagi la menyampah tak larat nak baca kan.

Mungkin ada antara korang yang tertanya, “Awat tetiba ja dia ni dok pi ceghita itulah inilah segala bagai?”

Well, aku cuma nak gambarkan, betapa bersyukurnya aku dapat masuk kat sini. Dapat semua yang aku dapat harini. Rasa semua yang aku rasa harini. Faham dan sedar semua yang aku faham hari ini. Mungkin bagi korang yang yang biasa, memang membesar dalam suasana ni, kadang-kadang kurang terasa betapa berharganya semua ni. Rasa tak kisah pon kalau hilang semua ni. Bahkan mungkin ada yang rasa semua ni mengongkong hidup korang. Tapi bagi aku, yang macam ikan baru dapat sungai, harimau terlepas dari zoo dapat balik hutan, aku sangat rasa betapa berharganya semua benda ni, suasana ni, persekitaran ni, orang-orang sekeliling macam ni. Dan aku rasa macam nak pelut erat-erat semua ni. Taknak lepaskan. Taknak. Sampai bila-bila.

“Hargailah semua yang kita ada hari ini, kita tak kan rasa nikmat berteduh, kecuali setelah berada di bawah terik mentari.” (baca dengan mood sedih. Lebih berkesan dengan musik latar  POT THE ELEGANCE OF PACHELBEL -01- SERENADE)


(cewah ku tutup entri ku dengan puitis)*blurrrrrr.....







No comments:

Post a Comment