majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Wednesday, December 7, 2011

APIUM NP ITU INDAH. : sebuah kajian, coretan sepanjang semester 1.


*Okey. Mula-mula nak bagitau ini bukan entry serius. Entry ni santai-santai je… X serius macam entry-entry korang kat atas ni. Bukan ape, ttibe je aku rase terpanggil (ceh sape la yang nak panggil) untuk turut sama menyumbangkan air tangan aku untuk blog ni…
ini entry tidak serius!



APIUM NP ITU INDAH. : sebuah kajian, coretan sepanjang semester 1.

Wah bukankah sikit punya serupa tajuk entry ni macam tesis PhD yang pensyarah-pensyarah kita tulis tu… Namun korang kena ingat balik, ini bukan entry serius. So korang jangan risau la takut-takut jumpa nota kaki ngan maraji’ plak kt bawah ni. Xdenye…

     Aku cuma nak kongsi ngan korang  pengalaman sepanjang sem 1 terutama dalam majmuah 4 ni… Tapi rasenye agak kurang lengkap jika aku terus masuk tentang pengalaman semester 1 kt NP ni tanpa story pengalaman mula-mula masuk sini.
Tak macam kebanyakan marhaen yang lain, aku memang dah tau dah APIUMNP ni terletaknya di Negeri Kelantan ni… Bukan ape, bile aku survey, ramai gak rupenye yang time apply tu tak tau yang asasi UM ni kat Kelantan. Ade yang mati-mati seronok ingat dapat kat kampus induk. Mesti korang pon ingat cmtu gak kan? J (kre up-to-date gak r aku ni rupenye…) Okey aku jujur. Mulenye time aku form 5 aku ingat Nilam Puri ni terletak kat Nogori Semilan (area-area Nilai gitu), lepas ustazah aku bagitau barulah aku mengetahui apa yang tidak aku ketahui.

     Dalam perjalanan datang sini, apa yang terbayang dalam kotak fikiran aku tentang APIUMNP ni ialah gambaran biasa yang akan terbayang oleh mana-mana remaja mukallaf yang normal bila disebut tentang ‘universiti’. Yela mesti terbayang kampus besar semedang sampai x larat nak pusing, student ramai ya amat sampai seseorang yang korang pernah terserempak pada suatu hari hanya akan korang temui semula time-time dah nak graduate nanti. (Tupon kalau ade rezeki).
kot2 besar cmni...



Dan wajib juga terbayang “aku nanti nak pi kelas naik ape ek?” “Bas ke basikal?”. Tipu r kalau korang kata tak. Kalau korang kata tak gak, hanya ada 2 kemungkinan:

1. Korang memang dah tau APIUMNP ni (dah hari-hari lalu)
2. Korang memang tak pernah kenal apa itu universiti
J (korang ingat U ni mcm MRSM r, tapi   untuk orang tua-tua sikit.)

     Selepas menempuh perjalanan yang jerih dan perih, turun bukit naik bukit, keluar hutan naik hutan, keluar tandas masuk tandas, akhirnya aku sampai di APIUMNP pada pagi hari pendaftaran. Di saat pakcik-pakcik masih lepak di kedai-kedai kopi, meneruskan retorik bangsa kita yang diwarisi turun temurun, mengetahui tiada apa yang nak di’loghat’kan, yang korup akan terus kaya, mengusap perut yang semakin membuncit hari demi hari, manakala yang miskin, golongan marhaen terus hidup tertindas. Ok. Back to our story.


 Mula-mula sampai, nampak dari luar, aku takde syak ape-ape lagi, masih dengan tasawwur asal aku tentang konsep ‘universiti’. Jadi kami (family aku la) singgah lah di sebuah kedai (yang kini dipanggil ‘kedai Azukie’) untuk minum-minum. Selesai minum-makan-basuh tangan, barulah aku melangkah masuk ke dalam kawasan kampus untuk sesi pendaftaran. Hati berdebar-debar, takut tersesat tak jumpa nak daftar kat mana, tapi diri ini diberanikan jua, yelah sesat-sesat pon ni university kat Malaysia kot, bukannya aku daftar kat universiti of Qom, Iran sampai sesat xleh tanya orang dah…


  Rupe-rupenye, daftar kat Dewan Johor je… Tapi aku masih berpegang teguh dengan persepsi asal aku, kalau yang ni Dewan Johor, mesti luas lagi U ni, mesti satgi ada plak Dewan Melaka, Masjid Pulau Pinang, kolej Kedah, Dataran Pahang, Taman Selangor dan macam-macam lagi sampai cukup 14 jalur yang melintang di Jalur Gemilang (macam dalam lagu tu…)
dewan johor kre paling bawah r... atas tu mesti banyak lagi...



Selesai pendaftaran, ada senior yang ditugaskan untuk tolong tunjukkan bilik kat mane…
Alik-alik, la jalan kaki je pon…..@#%^&*
tadaa!

Minggu Haluan Siswa               

   Nilah perkara pertama yang perlu dihadapi oleh setiap siswa-siswi di Universiti Malaya ni. Kalau kat sekolah aku dulu diorang panggil minggu orientasi (bukan orientalis) je… xpun minggu suai kenal. Xtau la plak kot-kot sekolah angpa panggil Minggu Disiplin Sifar ke ape…
Kat sini dah start satu keindahan/keunikan APIUMNP ni…

Minggu Orientasi kat sekolah aku:
 
  Mula-mula wajib mesti ada tag-tag nama, nama tulis pakai marker je (kalo tulisan angpa buruk nasib angpa la…) Pastu mesti kena kow-kow tepati masa, sampai nak makan pon tak kenyang, mandi tak sabun. Lagi satu mesti kena bentuk group, bagi nama kumpulan, pastu kena bentang kat depan pakai kertas mahjong (bukan manjung). Orientasi juga takkan sah kalau xde kena mintak tanda tangan abang-akak fasi. Kalau dyorg pkai nama sebenar macam dalam ic xpe, ni nama entah sape2, ade Perampok Jalanan r, Janda Hot r, segala bagai lagi, pastu suruh kitorg teka sape die. Kalau tak betul dye taknak sains. Macam la ktorg ni pelajar2 form 1 SMKA Hogwart, ade sihir boleh ramal-ramal…


SMKA Hogward
|
     Dan lagi satu, mesti ade aktiviti diorang suruh jaga satu barang ‘amanah’ macam tisu sehelai, belon,batu-bata, telur, gula-gula kapas dll. Tapi in case kitorg time tu kena jaga sekeping biskut yang rapuh. Menurut brader fasi tu, biskut tu hanya ada sekeping sorang tu jela, dh xde kat daerah kitorg tu. (kire spesis biskut terancam r…) so jangan mimpi r kalau terpatah nak pi beli baru…
Tu r antara aktiviti yang bagi aku normal la untuk sebuah program orientasi. Xtau la kot-kot sekolah korang lain, untung la korang (korang masuk sekolah swasta ke ape?)

   Tu x termasuk aktiviti-aktiviti wajib macam slot nangis-nangis (aku nangis gak kot), kena psiko, dapat nickname (ade member aku dapat nickname HUGO, Lipas, lekat sampai form 5 kot…) Xplorace, ceramah unit kaunseling, dll aktiviti standard yang x perlu disebut la kot… x tau la kalo aktiviti cmni pon xde kt skolah korang? (korang memang sekolah swasta ke? Ke membesar kat Mesir?)


korg dulu skolah sini eh?


 Minggu Haluan Siswa kat APIUMNP:
  
    Serius aku tak pernah melalui orientasi macam kat sini. Orientasi yang tanpa ragu-ragu aku sifatkan orientasi “terbaeekk” yang pernah aku lalui sepanjang usiaku yang semakin menjengah suku abad. Abang-akak fasi sini baik giler kot… muka suci-suci je… Aktiviti semua berpengisian, aku masih ingat petang first tu aktiviti berkumpulan fasi aku cerita pasal t.jawab ketua, yang kalau kita mintk nak jadi ketua Allah xkan tolong kita (alah macam hadis yang kite baru belajar ni…). Tu kre first time r aku dengar pasal tu… Habis yang terpampang di poster2 p.raya saban 5 tahun sekali yang tertulis UNDILAH SAYA! (tapi kita kena tanda pangkah tang nama dia) tu kre mcmne???

   Pendek kata kira aktiviti kat sini semuanya bermanfaat lah, ada maksud tersirat, setiap aktiviti kita kena bagitau apa resolusinya aktiviti tersebut. Dan jawapan-jawapan buku teks pon akan terpacul keluar seperti perpaduan, kerjasama, toleransi, tolong-menolong, wa ghairuha…

   Lagi satu kat sini gak lah aku mendengar beberapa istilah-istilah baru yang tak pernah kudengar macam Ikhtilat ngan Biah Solehah. Yang Ikhtilat tu mula-mula dengar tu geli-geli je telinga aku. Aku ingat maksud dye lebih kurang macam khilaf ulama’ la… ye la khilaf ngan ikhtilt kan tak jauh beza, kira makhraj dekat-dekat r…
   Yang kedua tu pulak aku pelik apasal plak jadi solehah? Mengikut penilaian I’rab aku (yang jahil murakkab lagi b.Arab) sepatutnya jadi biah soleh la apsal plak solehah? Apa mereka mahu mendidik kami tidak kira siswa dan siswi supaya menjadi solehah sesolehah peserta-peserta program reality solehah mutakhir ini. Selepas suatu ketika barulah aku memahami kenapa ianya jadi sedemikian (Korang mesti gelak dalam hati ape ke b**** nye budak ni it upon tak tau!) Tapi serius time tu aku xtau…

   Wah meleret-leret dah aku cerita ni, kalau ade yang baca mesti dah bosan, so nk buat kholasoh la ni…
Kiranya dengan melangkah masuk aku ke dalam kampus APIUMNP ni, aku juga melangkah masuk ke suatu alam baru, yang tak pernah aku alami sebelum ini. Serius bagi aku tu la Minggu Orientasi aku yang terbaik! (xyah jaga biskut terancam dah…)
*sejuk mata tengok ikhwah2 time tu dengan kopiah putihnya dan akhawat2nya bertudung litup, masing-masing menjaga pergaulan…

Bakal Bersambung Kalau Korang Suka Dan Panjang Umoq….

No comments:

Post a Comment