majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Saturday, November 13, 2010

Belajar untuk periksa? Periksa untuk belajar?

Periksa, yang banyak buat orang siksa...


  
 Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T, Tuhan Seru Sekalian Alam, pemilik jiwa-jiwa kita, masih ada sisa baki nafas kita untuk dipertemukan semula dalam semester 2 ini. Dengan peningkatan semester ini diharapkan seiring dengan peningkatan ilmu dan amalan kita.
  Keputusan imtihan semester lepas Alhamdulillah telah selamat keluar bagi menjawab seribu macam pertanyaan dalam jiwa kita. Alhamdulillah, keputusan kita semua cemerlang-cemerlang semuanya… Tingkatkanlah usaha kita pada semester ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang amat berharga ini.  Dengan keluarnya keputusan imtihan baru-baru ini, dapatlah kita lihat perbezaan diantara mereka yang belajar kerana peperiksaan dan mereka yang belajar kerana ilmu.
  Bagi yang belajar semata-mata untuk mendapatkan pointer yang tertinggi, sekiranya keputusan mereka kurang baik maka mereka akan merasakan seolah-olah segala usaha mereka sepanjang semester lepas sia-sia belaka. Segala penat lelah mereka bersengkang mata, usaha keras mereka menyiapkan tugasan-tugasan hanya membuang masa mereka. Alangkah malangnya mereka ini. Mereka seakan terlupa yang usaha keras mereka itu jika diniatkan kerana Allah ianya merupakan satu bentuk amal soleh dan jihad.
peperiksaan di Afghanistan...

  Namun bagi yang berhempas pulas menuntut ilmu sepanjang semester lepas, namun mendapat keputusan yang kurang baik, mereka ini tidak akan gundah gulana. Mereka ini yakin itulah yang terbaik buat mereka. Mereka akan bersangka baik “mungkin jika aku mendapat keputusan yang baik aku akan menjadi takbur, dan jauh dari Allah”, “mungkin Allah menyuruh aku bersabar atas ujian ini untuk dikurniakan pahala kepadaku.”
Dan jika keputusan mereka baik pula mereka akan segera mengembalikannya kepada Allah. “Kejayaanku ini sesungguhnya adalah daripada Allah, usaha kerasku itu tidak punya apa-apa makna, hanya ikhtiar dan amal solehku.” Begitulah mereka ini memandang setiap sesuatu dengan pandangan yang positif. Kerana mereka percaya baik buruk sesuatu itu ialah bagaimana kita menghadapinya. Kerana yang telah berlaku itu takdir. Baik buruknya ialah bagaimana kita menanggapi takdir itu. Keputusan yang kurang baik itu adalah takdir. Baiknya ialah sekiranya dengan keputusan kita yang kurang baik itu semakin mendekatkan diri kepada Allah, semakin kita menyedari kekerdilan diri kita. Buruknya ialah jika dengan keputusan kita itu menyebabkan kita mempersoalkan takdir Allah.
  Ketahuilah peperiksaan itu hanyalah sekadar wasilah, ilmu dan redha Allah itu hadafnya. Peperiksaan itu hanya sekadar kayu ukur kefahaman kita terhadap ilmu. Kita menuntut ilmu bukan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Tetapi kita nak dapatkan keputusan cemerlang untuk mengukur sejauh mana kita ilmu yang dikuasai.
  Namun jangan pula disalah ertikan penulisan ini sehingga menyebabkan kita malas menghadapi imtihan. Kerna itu tanggungjawab atas diri kita. Usaha mati-matian perlu dalam imtihan, untuk bukti kita bukan sekadar main-main dengan ilmu. Untuk buktikan seorang Muslim dan Muslimah itu perlu jadi terbaik dalam setiap bidangnya.
Bagaimana pula dengan meniru? Bolehkah ianya dikatakan usaha? Ha yang itu tepuk dada, tanyalah ustaz-ustaz atau ustazah…..
 Ingatlah setiap ujian itu diuji untuk sabar, dan setiap nikmat itu diuji untuk syukur…..
BERSIAPLAH UNTUK MENGHADAPI ‘FINAL’ EXAM…

Final Exam...

No comments:

Post a Comment