majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Wednesday, September 8, 2010

Kekasih yang dulu datang......

Kekasih yang dulu datang... kini ia telah kembali pulang....

Sedar tak sedar Ramadhan telah hampir meninggalkan kita.(mungkin sewaktu antum membaca ini Ramadhan telah pun meninggalkan kita)
Terasa masih baru lagi angin Ramadhan menyapa mesra ke pipi kita, memain-mainkan hujung rambut kita. Juga terasa baru lagi Majmuah 4 mengadakan liqa' "tergempar" membincangkan tarikh untuk pulang ke kampung halaman(hehehe). Kini angin Ramadhan itu sudah hampir bertiup pergi dari kita... masa terasa begitu pantas berlalu tanpa memberi sedikit kesempatan pun kepada kita untuk mengejarnya. Kita menyambut Ramadhan di dalam kemuncak kesibukan kita menyiapkan assignment dan tugas-tugas lain yang menuntut pengorbanan yang besar dari kita. Dalam situasi sebegitu cuba kita muhasabah kembali apakah kita adil dalam membahagikan masa kita? Apakah Ramadhan mendapat hak yang sepatutnya? Jika tidak marilah kita bersama-sama memperbaikinya agar Ramadhan tahun ini sekurang-kurangnya menjadikan kita lebih baik walaupun 0.00001% daripada sebelum ini.
Jika seseorang itu diberikan peluang untuk ber"dating" dengan kekasihnya selama sebulan, apakah yang akan dilakukan oleh orang itu? Dan jika tempoh pertemuannya dengan kekasihnya itu telah hampir langsai apakah tindakannya?
Begitulah halnya dengan Ramadhan. Ramadhan ialah bulan khas yang diperuntukkan oleh Allah untuk kita beribadat kepada-Nya dan waktu itu sudah hampir tamat. Semestinya kita menumpukan seluruh jiwa raga kita untuk memperbanyakkan amal soleh agar kita beroleh natijah dari Ramadhan iaitu "Takwa". Insyaallah.....
Akhir kata, semoga pesantren Ramadhan tahun ini telah menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya dan pesantren Ramadhan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini.. Insyaallah...

"Selamat pulang Ramadhan.... semoga kau dapat singgah lagi di rumahku ini tahun hadapan... dan semoga aku masih ada lagi di rumah ini untuk menyambutmu tahun hadapan..."

No comments:

Post a Comment