majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Thursday, September 2, 2010

Hanya sebuah papan tanda....

"Begini, bukankah tadi aku katakan yang kerja-kerja kau sebagai vulkanologis ini amat hampir dengan Tuhan. Kerja-kerja meneliti alam ini sangat banyak ruang untuk kau menghampiri Tuhan, bukan menjauhinya. Kau tahu alam itu ialah dari akar kata ain, lam, mim. Hah! akar kata yang sama juga menerbitkan perkataan alamat. Alamat iatu tanda, petunjuk, anugerah, indikasi, satu karektor... satu alamat untuk posmen hantarkan surat-surat kita. Satu arah tujuan, penunjuk jalan. Ini bermakna alam ini adalah alamat untuk sesuatu, alamat unutuk menunjukkan Penciptanya iaitu Allah Taa'la. Alam dunia kita ini berfungsi sebagai ayat Allah, menunjukkan destinasi menuju Tuhan. Lebih dekat seseorang dengan alam lebih dekatlah dia dengan Tuhan. Jadi bila kita nak ke sesuatu tempat, alamat itu hanyalah panduan, menunjuk arah, tak lebih dari itu. Macam satu papan tanda untuk menunjukkan simpang mana yang harus kita ambil. Kebetulan papan tanda itu diukir cantik, dihias dengan air pancuran dan sebagainya, kita pula kadang-kala jadi leka dan sibuk melihat kecantikan papan tanda yang dibuat manusia tadi sampai lambat tiba di destinasi. Begitulah ramai orang terpesona dengan alamat, dengan alam, dengan dunia ini sehingga terlupa terus ada destinasi yang harus dituju. Malah ada yang menafikan terus kewujudan destinasi akhir itu."
-Faisal Tehrani, Bila Tuhan Berbicara-

No comments:

Post a Comment