majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Wednesday, June 29, 2011

HTUM

 PERHATIAN!!!!

KEPADA SEMUA WARGA APIUM
TERUTAMANYA
ahli
MAJMUAH 4 SEM 3

ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR
KE 

HARI TERBUKA UNIVERSITI MALAYA 
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI
PANTAI TIMUR

 BERMULA 
30 JUN- 2 JULAI

BERTEMPAT DI
APIUM, NILAM PURI


ANTARA  YANG MENARIK ADALAH

GERAI MUAZ

GERAI SITI HAJAR SITI

GERAI APIDS 93

GERAI APIDS 93

GERAI MPP & JTK

SPE PNYE TAH..(-_-')

SEMUA DI JEMPUT HADIR BAGI 
MEMERIAHKAN LAGI
HARI TERBUKA UNIVERSITI MALAYA


Wednesday, April 20, 2011

DIAM DAN... SABAR

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Ini sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:
  Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 

  Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
  Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

  Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 

   HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

   Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang. Insya-Allah.

Thursday, March 31, 2011

Sepucuk Surat Dari Galapagos

                                                                                                                        Sahabat-sahabat,
                                                                                                                   Ahli Majmuah 4 sekalian,
31 Mac 1956


Kehadapan sahabat-sahabatku sekalian,
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya dapat juga surat ini sampai kepada kalian. Maklumlah, di kepulauan Galapagos ini tidak disediakan perkhidmatan Pos Laju seperti di tempat kalian, jadi, satu-satunya cara bagi penulis untuk menyampaikan warkah ini ialah dengan menggunakan perkhidmatan merpati Broadband yang terpaksa terbang merentasi lautan Blogger ini. Penulis berharap ketika kalian mendapat surat ini ianya tidak dibasahi air lautan Galapagos yang terkenal masin ini. Juga diharapkan warkah ini tidak sampai menjadi cebis-cebisan akibat dimakan camar laut, jika itu terjadi sudah tentulah pesanan yang ingin penulis sampaikan tidak sampai kepada kalian.


Sahabat-sahabatku,
Kiranya tidak-lain dan tidak bukanlah tujuan penulis mengarang surat ini melainkan mengharapkan keredhaan Ilahi lah hendaknya, disamping hendak mengisi ruang-ruang khali penulis di pulau ini yang hanya makan tidur solatlah sahaja pekerjaannya. Juga untuk memenuhi desakan-desakan sahabat-sahabat di kotak sembang (chat box) yang berhajatkan post baru akibat kemarau post baru yang melanda blog majmuah kita baru-baru ini. Jadi penulis sabagai rakyat yang prihatin, dedikasi, berkomitmen, berintegriti lagi berwawasan menyahut seruan untuk meletakkan post disini. ;-)


Izinkanlah penulis memulakan ceritera penulis dengan menyebut nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Bismillahirrahmanirrahim…
Ceritanya bermula begini….
  Pada suatu petang yang harmoni, disaat kicau-kicau burung bertasbih, diselangi kokokan ayam bertakbir, mengingatkan insan dunia ini hanya sekadar tempat berteduh mencari bekal menyambung perjalanan, pada ketika itu jualah penulis sedang berjalan mengharungi lautan sampah-sarap yang ditinggalkan penghuni APIUM di luar bilik mereka kerana bimbang akan ugutan saman dari pejabat asrama. Sedang penulis dengan penuh sabar dan confident melalui lorong-lorong kusam itu, mata dan hati penulis tertarik melihat sehelai kertas putih yang semakin hilang keputihannya, terselit diantara sampah-sampah tersebut. Hati penulis tergerak untuk mengambilnya dan membukanya, barang ia mungkin membawa manfaat kepada penulis, siapa tahu? (Allah tahu)

  Sebaik penulis membukanya dan membacanya baris demi baris, bait demi bait, kalimah demi kalimah, stanza demi stanza, nyatalah kepada penulis bahawa tiadalah isinya itu melainkan bermanfaat kesemuanya. Kenapalah pemilik asalnya meninggalkannya disitu seperti anak yang dibuang si ibu di tangga-tangga masjid kebelakangan ini? Kemudian penulis mengambil keputusan untuk ber”husnu dzon” dengan pemilik asalnya dengan beranggapan bahawa pemilik asalnya telah pun menghadamkan isinya ke dalam benak fikirannya. Lalu penulis pun secara tidak rasmi menjadi pemilik baru kepada kertas kumal tersebut.

  Jadi tiadalah kiranya menjadi kesalahan kepada penulis untuk berkongsi isi kertas tersebut dengan sahabat-sahabat sekalian, moga menjadi manfaat bersama dan dapat menjadi amal soleh buat penulis untuk dibawa di hari pengadilan nanti. Juga penulis ada mendengar pepatah di zaman kalian ada yang menyebut “Sharing is Caring”.
Maka tibalah masanya penulis untuk berkongsikannya kepada kalian, kerana penulis Caring dengan kalian.:-)

Kertasnya berbunyi….

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji”? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Al-Ankabut (2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-AL-Baqarah:216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Al-Baqarah:286

RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.”
-Ali Imran:139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan).”
-Ali Imran:200

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”
-At-Taubah:111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
-At-Taubah:129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Yusuf:12


Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah… Sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan kerana ia ialah penawar… penwar untuk kita…. Marilah kita kembali kepada Al-Quran…


Nah, indah bukan?, terbuktilah kepada kita bahawa segala permasalahan kita, jawabannya tidak lain dan tidak bukan telah terkandung di dalam Al-Quran, yang kita telah baca (belum tentu direnungi) dalam sehari-hari hidup kita, hanya tinggal sahaja untuk kita renungi isi kandungannya…


   Rasanya tidak inginlah lagi penulis memanjang-manjangkan kalam penulis, kerana rasanya sudah sampailah masa kepada penulis untuk kembali menyambung rutin hidup penulis yang terganggu untuk mengarang surat ini…

  Amatlah penulis berharap agar sahabat-sahabat sekalian sudi apalah kiranya agar dapat mengambil barang sedikit manfaat dari warkah ini kerana penulis telah bersusah-susah mengarangnya dan mengirimnya dari kepulauan Galapagos ini… Juga adalah menjadi hajat penulis untuk memohon maaf kepada sahabat-sahabat andai penulisan penulis ini tiadalah membawa apa manfaat kepada kalian melainkan rasa mual sahaja membacanya. Percayalah, tiadalah jua menjadi niat penulis untuk menimbulkan sebarang rasa mual dan tidak senang kepada kalian sewaktu membaca surat ini. 
  Juga, tiadalah jua niat penulis untuk memeningkan kepala sahabat-sahabat sekalian dengan bahasa penulisan penulis yang kalian mungkin anggap pelik kerana inilah jua bahasa penduduk di kepulauan ini sehari-hari :-). Akhir kalam, diharapkan sahabat-sahabat yang penulis kasihi sekalian menghabiskan masa cuti kalian dengan perkara yang bermanfaat kepada kalian dan agama kalian…
Wassalam………

                                                                                                                                      Yang Benar,
                                                                                                                                            penulis
                                                                                                                 Kepulauan Galapagos,

Sunday, February 13, 2011

hati ini...





1)    1.  Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dia makan.
2)      2.Sebelum anda mengeluh karna tidak punya apa – apa, fikirkan tentang seseorang yang harus meminta- di jalanan.
3)     3. Sebelum kamu mengeluh kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat terburuk di dalam hidupnya.
4)      4.Sebelum kamu mengeluh tentang suami / istrimu, fikirkan tentang sesorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan tema hidup
Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
5)      5.Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anak mu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
6)      6.Sebelum kamu mengeluh tentang rumah yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang yang tinggal di jalanan.
7)      7.Sebelum kamu mengeluh tentang jauhya kamu telah menyetir, fikirkan tentang sesorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
8.Dan di saat kamu telaah dan mengeluh tentang pekerjaanya, fikirkanlah tentang orang-orang yang pengangguran, orang-orang cacat, orang-orang yang tidak mampu dan berharap mereka mempunyai pekrjaan sepertimu.
9.Sebelum kamu menunjukan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
10.Kita semua menjawab kepada Tuhan. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, tersenyum dan mengucap syukurlah kepada Tuhan bahwa sampai detik ini kamu masih diberi kehidupan


Monday, January 31, 2011

TUHAN ITU MENCINTAIKU


Aku tahu TUHAN itu MENCINTAIKU..
diberiNYA ujian yang berat untuk ku pikul..
lantas aku bersaa lemah..
lalu aku kembali padaNYA..

Aku tahu TUHAN itu MENCINTAIKU
diberinya ujian agar aku sedar..
DIA tidak mahu aku di jauhkan daripadaNYA

Aku tahu TUHAN itu MENCINTAIKU..
diberinya dugaan..
agar aku kembali
berharap padaNYA

Aku tahu TUHAN itu MENCINTAIKU
di hadirkanNYA manusia talam 2 muka di hadapku..
agar aku meminta petunjuk dariNYA
dalam memilih manusi itu menjadi teman..

YA..memang aku tahu TUHAN itu MENCINTAIKU
namun baru hari ini..
tika ini dan saat ini
aku menyedarinya..
alangkah HEBATNYA TUHAN..
kerana DIA tidak MENINGGALKAN AKU..
saat aku TERPALING..


moga JIWA ini bersamaMU TUHAN..
agar di dalam hati ini..
terbit 1001 ketenangan..
hadirkanMU dalam jiwku TUHAN..
agar aku bisa melangkah..
ku pohon ya TUHAN..
kerana ku tahu..
KAU SENTIASA MENCINTAIKU

Friday, January 28, 2011

~Mengapa Suka Cakap Belakang?~

Mengapa Suka Cakap Belakang?
| Norden Mohamed | Editor: Rifhan A Rahim


Saya menerima sebuah e-mel daripada seorang sahabat. Sharifuddin menceritakan keadaan warga syarikatnya yang tidak sampai 10 orang itu hendak berhenti kerja secara beramai-ramai.

Puncanya kerana dia hanya memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangannya.

Saya hairan kerana setahu saya, syarikat pembekal alatulisnya itu tidak pernah memberi bonus sejak mula beroperasi.

Mengapa pula mereka hendak berhenti kerja bila taukenya hendak memberi bonus?

"Aku pernah bersembang dengan seorang staf, niat aku hendak beri bonus kepada semua kakitangan aku. Dia boleh bawak cerita kepada staf yang lain yang aku nak beri bonus tiga bulan gaji. Bila aku beri sebulan gaji, masing-masing merajuk dan nak berhenti kerja. Mereka tuduh aku berbohong! Nasib baik aku panggil staf aku yang jadi penyebar cerita palsu itu menceritakan kepada semua staf dalam sebuah mesyuarat. Kalau tidak, aku boleh tutup kedai."

Alhamdulilah kerana Sharifuddin dapat menangani masalah di syarikatnya yang kecil itu. Fitnah yang besar di dalam sebuah syarikat yang kecil itu dapat dihidu dan disusur puncanya lalu diselesaikan.

Bagaimana pula kita yang bekerja di syarikat yang besar, kawasan perumahan yang besar atau kampung yang besar?

Yang pasti, saban hari berita benar dan palsu datang kepada kita bersilih ganti hingga kita tidak dapat mengenal yang mana satu yang benar dan yang mana salah.

Yang bahayanya, berita itu tiba dalam bentuk pertuturan, bisikan dari telinga ke telinga sehingga kita tidak tahu dari manakah sumbernya. Malangnya, kita mudah mempercayainya.

Mengapa? Di antara punca utamanya ialah sikap kita yang mudah menerima apa yang disampaikan secara cakap belakang-belakang.

Kita mudah menerima cerita yang disampaikan secara tidak rasmi ini kerana di dalam mana-mana kelompok manusia, akan terdapat seorang penyampai berita yang handal dalam mensensasikan apa jua khabar.

Lazimnya, si penyampai berita ini mempunyai cara pertuturan yang amat menyakinkan. Sesuatu berita disampaikan dengan intonasi suara yang memukau, mimik muka yang mempengaruhi si pendengar dan gerak geri yang dramatik.

Sudah tentunya penyampaian yang sebegini akan membuat kita terpesona dan terlupa rasional serta logika. Sehingga akhirnya kebenaran itu dikaburkan dengan kebatilan.

Kerana itu, di dalam sesebuah organisasi, seseorang yang bertukar jabatan kerana kenaikan pangkat boleh digosipkan sebagai seseorang yang diturunkan pangkat.

Orang yang mengundur diri daripada sesuatu jawatan kerana kurang sihat dikatakan sebagai dibuang dan orang yang mengubah pendirian kerana menghormati keputusan mesyuarat boleh dianggap orang berperangai lalang.

Si penyampai berita inilah yang menggodam apa yang benar kepada yang palsu. Malangnya, yang palsu inilah yang dipercayai.

Mengapa pula yang palsu ini dipercayai hingga ia menjelma menjadi benar? Ia terjadi kerana kita juga. Ramai di kalangan kita terdiri daripada mereka yang lebih suka mengangguk untuk mengiyakan.

Kita malas untuk berfikir sama ada apa yang disampaikan itu betul atau salah.

Lagipun, kita segan untuk mempersoalkan apa yang disampaikan kerana hendak menjaga hati si penyampai berita.

Akibat kasihan kepada si penyampai kerana tidak mahu dia malu alah jika kita bertindak dengan menyoal sumber berita yang disampaikan, akibatnya, kita memperoleh maklumat yang salah.

Oleh kerana kita perlukan maklumat untuk membuat keputusan, maklumat yang salah akan menghasilkan keputusan yang salah.

Sepatutnya, apabila kita memperoleh sesuatu khabar, perkara pertama yang harus kita lakukan ialah bertanyakan sumber berita yang diperoleh si penyampai.

Dengan maklumat itu, kita harus terus merujuk kepada sumber itu untuk memperoleh kepastian. Tindakan ini akan mematikan fitnah di sumber asalnya. Dan, yang lebih penting, kita akan disegani kerana berani memberhentikan cakap belakang daripada berleluasa.

Dalam pada kita berani menghentikan cakap-cakap belakang, jangan pula kita terjerumus pula menjadi salah seorang daripadanya.

Ini boleh terjadi jika pada mana-mana ketika, kita malu untuk mengaku yang kita tidak tahu mengenai sesuatu perkara apabila ditanya mengenainya.

Oleh kerana hendak menyedapkan hati si penanya, maka kita pun mencipta cerita yang kita rasa logik.

Tanpa kita sedari, tindakan itu akan menjadikan kita si penyebar fitnah. Sedar-sedar, rupa-rupanya, kita pun apa kurangnya?

- Artikel iluvislam.com-