majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Wednesday, March 14, 2012

Semua Tentang Kita



(untuk mendapatkan mood terbaik sila baca entri ini sambil mendengar mp3 Semua Tentang Kita – Peter Pan. Peringatan: Segala kerugian berupa air mata dan hingus, pihak penulis tidak akan bertanggungjawab! Haha sila gelak bersama saya)

    Ok ok ok, cukup dah. Taknak cerita dah pasal sedih-sedih. Nanti nangis lagi. Huhu.

Wah betul-betul tak sangka ye, dah nak habis dah pengajian kita kat Nilam Puri ni. Study week dah, exam pon dah. Jadi, erm… macam dah takde alasan untuk kita terus stay kat sini. Haha memang bunyi macam kejam, tapi tu la hakikatnya.
 
  Ok jadi kali ni taknak cerita sedih-sedih, pilu-pilu, itu semua korang boleh download kat internet. Jadi, jom kita borak-borak pasal kita, kenangan-kenangan manis kita sepanjang sem ni, sem 4.
 
  Sebenarnya sem 4 ni dah bermula sejak hujung sem 3 lagi, kan?
“Kenapa?”
Korang mesti tertanya-tanya sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal (mungkin ada antara korang yang menggaru hidung
:-) )

Jawapannya: sebab dari hujung sem 3 lagi kita dah lantik mas’ul dan mas’ulah untuk sem 4.


Pemilihan Mas’ul/ah

    Korang ingat lagi tak time tu telah meletusnya sebuah perang saudara (haha ini over!) pertikaian tentang pemilihan mas’ul, atau lebih tepat, detail dan terus-terangnya; tentang siapa yang layak untuk memilih mas’ul dan mas’ulah.

   Oleh sebab kesemua dikalangan ahli majmuah 4 belum mencapai umur 21 tahun, dan belum berdaftar sebagai pemilih, untuk melayakkan kita semua keluar membuang undi, namun kesemuanya amat bersemangat waja untuk mengundi, sehingga berlaku sedikit pertikaian.

   Alhamdulillah, akhirnya masalah berjaya disetelkan dengan sungguh berhikmah dan bergaya, kedua-dua pihak akur untuk melakukan gencatan senjata dan akhirnya pilihanraya mas’ul berjalan lancar tanpa sebarang pertumpahan darah.
   Dilaporkan hanya pertumpahan air kopi 3 in 1 sahaja berlaku akibat terlalu fokus berbalas-balas serangan roket dan komen di laman sesawang mukabuku.

Dan secara rasminya, Akh Asyraf Hakimi dan Ukht Nabilah Izzah meraih undi majoriti daripada rakyat majmuah 4. Hooraaayyyy!!!! (sila tepuk tangan dengan sungguh-sungguh)
dan bermula detik itu secara rasminya Akh Atif dan Ukht Nadia berundur diri dengan senyum lebar dan hembusan nafas lega dari jawatan mas’ul.



Sem 4 Bermula!

    Selang kira-kira 43200 minit kemudian, setelah cuti semester, masing-masing bertemu kembali dalam semester 4. Tempoh masa cuti yang agak lama, iaitu kira-kira 2592000 saat menyebabkan pelbagai cerita yang ingin dikongsi dengan rakan-rakan.

    Antara topik perbualan yang hangat dibincangkan ialah jumlah sumbangan koko yang berjaya diperolehi sepanjang cuti.
    Masing-masing membanding-bandingkan jumlah yang berjaya diperolehi antara satu sama lain. Hal ini kerana, menurut sumber yang kurang tepat, pengarah program koko tersebut merupakan seorang individu yang progresif, dedikasi, kreatif, kritis dan serius orangnya. (haha okey, itu tipu.)

    Sem ini, semua pelajar semester 4 APIUMNP akan mengambil subjek-subjek baru, iaitu Ulum Hadis, Tasawwur dan Pembinaan Syahsiah, disamping subjek-subjek Maqal, Kalam, Debat, Muthalaah, Kemahiran Hadis dan Praktikal Ibadah.

Selamat tinggal Matematik (berpisah jua selepas 6 tahun sekolah rendah + 5 tahun sekolah menengah + sem 2&3)

Babai English…

Maka bermulalah pembelajaran seperti biasa…
dan jamuan


Sem Terakhir

    Maka bermulalah sem terakhir kita semua, sem 4. Semuanya berjalan seperti biasa. Setiap hari dipenuhi girang gembira belajar bersama, bersama pensyarah dan ustaz-ustaz yang super cool + awesome. (okey tukar mood ke mp3 laskar pelangi-nidji)
   
   Begitu juga dengan hal-hal lain seperti tazkirah, tobur, mpk dan sebagainya…
Tazkirah pada separuh pertama semester ini bertemakan ‘cerita’. Maka meriahlah seisi majmuah, saban hari dengan cerita-cerita yang membangkitkan jiwa, meruntun emosi, meninggkatkan hamasah dan dzuuk; belum lagi dikira dengan takzirah di laman muka buku, setiap isnin petang. :-p

   Maka begitulah berjalannya proses tarbiah diri di kalangan ahli majmuah, yang malu kedepan, terpaksa mentarbiah dirinya untuk berani. Yang gemuruh bercakap di hadapan khalayak, terpaksa melatih diri mereka untuk berbuat sedemikian. Ya, begitulah, saban hari, sehingga si dia yang dulunya pemalu, sudah boleh ke depan, yang gemuruh, sudah bias bertutur lancar tanpa gugup apatah lagi gagap. Ramai yang tidak tahu, latihan-latihan sebegini sebenarnya amat penting bagi diri kita, pada masa akan datang.

Antara tazkirah yang saya/ana masih ingat ialah: (maaf, ana menukilkannya semula dalam bahasa asalnya
:-0)

“ Kalau kita tengok lori pasiaq, kalau terbalik, apa yang keluaq? Mesti pasiaq jugak kan? Kalau lori sampah yang terbalik, apa yang keluaq? Mesti sampah jugak kan? Ha macam tu la jugak kita manusia ni, kalau sepanjang hidup kita selalu ingat Allah, berzikir sebut Allah, masa kita nak berlanggaq nanti (nak mati la tu) mesti nama Allah jugak yang keluaq kan?”

Splashhh!!!! Satu smash tepat mengenai muka. Servis bertukar tangan.


Aduh, saya di smash! Tidakkah anda?

      Begitu juga dengan slot MPK, yang dikendalikan oleh Dr Ahmad Najib B. Abdullah, seorang lulusan Universiti Islam Madinah (sarjana muda, sarjana dan PhD / S1, S2, dan S3)
    
      Pengisian-pengisian dari beliau yang amat membasahkan jiwa, termasuk perkongsian tentang pengalaman hidup beliau dengan pelbagai ragam masyarakat, dan tidak lupa mengenai rumah-tangga (ha yang ini mungkin ramai yang berminat terutama yang tu…
sambil menunjuk. Ha andalah, siapa lagi, mana ada orang lain belakang anda tu…)

Tobur

     Dan sistem tobur pada sem ini sekali lagi telah diperbaharui. Yang mana setiap majmuah pada sem ini diminta membuat ‘masrahiyyah’ ataupun dulunya saya panggil lakonan. Huhu

    Hal ini adalah untuk, selain memantapkan penggunaan bahasa Arab di kalangan pelajar, adalah untuk melahirkan pelakon-pelakon Islamik yang mampu berdiri sebaris dengan nama-nama seperti Oki Setiana Dewi (eh, kenapa anda senyum?), Kencana Dewi,
Kholidi Asadil Alam dan lain-lain.




eh, kenapa anda-anda ni senyum?



    Kekreatifan pelajar-pelajar APIUM NP usah dipertikaikan lagi. Saban minggu, ada sahaja kelainan yang dibawa oleh mereka, ada yang berperang, ada yang jadi anak derhaka, ada yang jadi setan dan malaikat, ada yang buat muzikal drama, dan bermacam-macam lagi. Jadi, bagi menyahut seruan supaya berfikir secara kritis dan kreatif, akhirnya, kami, majmuah empat, telah mengambil keputusan untuk membuat lakonan,,,,
warghhh!!!! misteri nusantara! Ada berani?


  Haha, kenangan semasa menjalankan pengambaran ini merupakan antara kenangan terindah bersama ahli-ahli majmuah 4. Penggambaran sehingga lewat malam, seram, hujan, lupa skrip, tak tahan nak gelak dan lain-lain tidak menjadi penghalang kepada kami. Kesemuanya memberikan komitmen yang maksimum dalam menjayakan tobur majmuah 4. Dan akhirnya...

KAMI JUARA!!!! (bunyi tepuk seluruh kampung pinang sebatang)







Mercury 2012

Seandainya ukhuwwah kita ini adalah sebuah subjek, maka Mercury 2012 inilah kertas ujiannya.

 21 orang. 9 muslimin. 12 muslimat. VS Beratus-ratus kanak-kanak riang.
Jika ini bukan ujian, tak taulah saya.

Memang. Program ini sangat banyak menguji setinggi mana ukhuwwah kita.
Kesabaran kita.
Kekuatan kita.
Kemahiran kita.
Ketekunan kita.
Kerjasama kita.

Setinggi pokok kelapakah?
Atau mungkin Gunung Kinabalu?
Atau setinggi awan nano komulunimbus?

Banyak, cukup banyak yang dapat dipelajari dari program ini. Berbincang, berbalah, berliqa’, bertelagah, bermesyuarat, bertikam lidah.

“ni nak wat program kat mana ni?”
“nak pi sana nek apa ni?”
“apsal duit tak cukup ni???”

haha series banyak pengajaran yang dapat dari semua ni. Tu belum kira sepanjang program berlangsung.

“mana muslimin ni? Depa dah siap qiamullail ka? Awai betoi!!!”
“Eksplorace cmne ni? Tempat tak setting lagi ni???”
“Tazkirah esok nak hazaf ke cmne?”
“Tolong!!! Video takleh publish ni!!!!”

Namun, dengan adik-adik yang cukup sporting, letih tolak tepi. Yang penting adik-adik terkesan dengan pengisian program.

Dan antara the most memorable moment waktu program tersebut bagi saya ialah slot akidah/ makan biskut. Lawak tengok adik-adik terkena dengan trick kita. Semangat gila menyusup sana-sini nak habiskan biskut tu takut ada ‘sesiapa’ nampak. Hahaha
jom gelak sekali.

Akhirnya setel gak program, dengan seribu tiga pengalaman baru yang tak mungkin dilupakan sampai nyanyuk.


Tasmik Hadis

    Rasanya tidak lengkap kehidupan seorang pelajar semester 3 dan 4 Apium Nilam Puri tanpa tasmik hadis. Dengan 40 hadis semester lepas yang semakin kabur di ingatan dimamah usia, kami terpaksa menambah sebanyak 40 hadis lagi!!! Maka beruntunglah sesiapa yang mempunyai ingatan setaraf processor intel i7 dan external hard disk 1 Terabyte.

    Dan bagi kami (err atau lebih tepat penulis) yang mempunyai ingatan setaraf seekor belalang kunyit dengan memori yang sudah hampir penuh, terpaksalah melalui pelbagai kesukaran, hang demi hang, reboot demi reboot, malah ada yang terpaksa diformat kembali mindanya. Hahaha dasyat tak?

   Buku hijau menjadi teman setia, seakan sebuah diari harian yang dibelek saban waktu, dalam kelas, di kedai makan, di tepi koridor, sewaktu tobur, kelas tafaqquh dan waktu-waktu senggang yang lainnya.

   Hari demi hari, minggu demi minggu, akhirnya tibalah tarikh luput untuk memperdengarkan hafalan hadis kepada Dr Muhiden. Hafalan yang telah tersemat kukuh di ingatan, telah cair dilafazkan di mulut, secara tiba-tiba dan entah mengapa, hilang ditiup angin di saat kaki melangkah masuk ke pejabat beliau. (haha serius benda ni jadi kat aku)

Seakan akan tidak pernah dihafal hadis itu.
Seakan tidak pernah kupegang buku hijau itu.

Namun berbekalkan tawakal dan jelingan belas kasihan kepada member sebelah, digagahi juga untuk meneruskan sesi tasmik.

Alhamdulillah, masing-masing tidak mampu menahan otot-otot bibir dari tersenyum lebar. Seakan baru terlepas dari bala yang besar.

Rasa semacam baru tumbuh sayap dan boleh terbang bebas di langit tinggi pun ada. Ahaha

Ada yang terformat terus hadis-hadis itu dari memori. Isy, sungguh tidak patut!



Praktikal Sembelihan

   Kenapa saya buat satu slot khas untuk praktikal sembelihan? Jawapannya sebab ianya sangat bermakna bagi saya (mungkin juga bagi anda). Haha untuk pengetahuan anda, saya rasa sepanjang hidup saya yang hampir menjejak suku abad ini, inilah kali pertama saya menghilangkan nyawa seekor binatang (bukan serangga) secara sengaja.

Bahkan untuk berlaku jujur, saya terpaksa mengakui, mungkin inilah pertama kali saya memegang seekor ayam hidup-hidup, kalau pegang ayam KFC tu dah kali ke 32 la...

 Ya, saya agak segan geli dengan ayam hidup. Maka tidak usah hairanlah jika saya hampir tidak bernafas melihat seorang akhawat yang dengan slumbernya membuka tutup sangkar dan menarik keluar seekor ayam yang montel dengan sebelah tangan! Ya, saya tidak tersalah tulis, DENGAN SEBELAH TANGAN!!!!

Antara detik bersejarah saya pada hari itu ialah apabila tiba-tiba datang satu keberanian dalam diri untuk menyembelih ayam. Dengan penuh gigih, dedikasi dan debar cemas, akhirnya, Alhamdulillah, sembelihan saya dinobatkan sembelihan “Paling Sah” sepanjang tahun!!! (bagi yang faham sila gelak sekarang!)
isy, tidak takutkah antum pada haiwan sebrutal ini??? Aneh.




Study Week + Exam

    Amat pilu rasa hati sebaik sahaja berakhir kelas terakhir bagi sem 4, iaitu kelas maqal. Seakan dah terbayang-bayang saat perpisahan dengan bumi Nilam Puri ini. Terutamanya suasana sepanjang minggu sunyi yang benar-benar sunyi di kolej. Amat memilukan hati. Hidup rasa kosong, tak perlu lagi berkejar-kejar pagi-pagi untuk ke bilik kuliah.
diambil ketika study week di sebuah universiti di Latvia selatan



   Usai study week, tibalah fasa terakhir kehidupan kita ni Nilam Puri. Exam. Dengan jadual exam yang longgar, memudahkan para pelajar untuk belajar di saat-saat akhir. Hahaha
adik-adik jangan tiru aksi ini!!!

   Suasana penuh rancak dengan munaqashah-munaqashah ilmiah. Seakan berada semula di baitul hikmah, di zaman keagungan ilmu-ilmu Islam, ulama duduk berbincang dan berdiskusi.(uslub perli tahap tinggi)


Rehlah: Ukhuwwah Tahap Tinggi



    Di tengah-tengah kesibukan peperiksaan, majmuah 4 masih sempat lagi menyelit dengan sebuah rehlah, yang agak ringkas tetapi cukup bermakna. Rehlah ini merupakan program terakhir bagi majmuah 4, penutup kepada program-program gilang gemilang sepanjang 4 sem yang lalu.

   Dan seriesnya aku berkata di sini, ada satu kelainan yang cukup lain dalam rehlah ini. Memang, tiada mandi mandi, membakar membakar, dan bermain tanam-tanam dalam pasir, namun aku temui kelainan di situ. Kita duduk sebentar, mengenali sahabat-sahabat yang mungkin sebelum ini kurang dikenali secara detail, siapa nama pakcik jiran dia, siapa nama kucing nenek dia, dan lain-lain.

Ringkas, tapi bermakna.

   Dan seterusnya diadakan acara tukar-tukar hadiah, buat kenang-kenangan 80 tahun akan datang.
Buat Akhawat, asif banyak-banyak sebab tak dapat tukar hadiah dengan antunna. Kami ada justifikasi kami sendiri.

  Dan susulan dari rehlah ini, diadakan slot komen-mengkomen buat memajukan ummat. Ditegaskan sekali lagi, tujuan slot ini adalah untuk mengkoreksi diri sendiri, di mana kelemahan kita yang kita kurang sedar, mungkin.

   Kalau diikutkan sudut pandang kita sendiri sememangnya kita merasakan diri kita ini merupakan paling best antara yang terbest. Namun tidak sama sekali dua kali dan berkali-kali tujuan slot ini adalah untuk menghentam seseorang.

  Sebaliknya adalah untuk menegur secara penuh lemah-lembut dan halus, tanpa perlu mencubit pipi, memicit hidung dan menjentik telinga satu sama lain.
Syukran, rehlah ini merupakan kenangan yang amat manis untuk dikenang.
:-)


Aik? Sudah Habis???


    Ya, jika pembelajaran dan tarbiah di Nilam Puri yang anda maksudkan. Memang, Sudah Habis. Tapi jika pembelajaran dan tarbiah dalam erti kata sebenar yang anda maksudkan. Ia tak pernah habis.
    Memang sedih untuk berpisah denganmu Nilam Puri. Bumi ditarbiah. Untuk mentarbiah.

Berpisah dengan sahabat-sahabat pengecas iman yang low, pentopup kredit yang kering.

Seganas-ganas muka pun dalam hati ada iman. Menangis sedih untuk berpisah kerna ukhuwwah berpaksi kerna Allah. Sedih untuk berpisah kerana telah terpatri perjanjian uhibbukafillah!



Hakimi


Mukhlis

Rahmat

Atif

Fitri

Naim

Farid

Sayuti

Khomarul

Nabilah Izzah

Hafizah
 

Ainatul

Masyitah

Mariam Nabilah

Nadia

Nadhirah

Husna

Fasihah

Fatin Nabihah

Jalidah

Atika

Najiah

Ummu Aiman


“..Warajulaani tahabbaa fillah, ijtama’aa alaihi wa tafarraqaa alaihi...”
Jom kita jadi dua orang tu nak?

Saya akhiri dengan:

Benar, nasib pengembara,
Baru berkenan,
Mula nak suka,
Harus berangkat,
Berpergian lagi.

-Dr. Faisal Tehrani


1 comment:

  1. Life is SWEET because of the friends WE have made!

    ReplyDelete