majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Wednesday, January 26, 2011

API
Apabila disebutkan kepada kita tentang api, apakah yang akan tergambar di dalam fikiran kita?
Panas. Hangat. Membakar. Menyala. Membara. Dan beberapa jawapan yg lain akan kita dapati.
Namun hari ini marilah kita semua merenungi sesuatu yang lain tentang api.
Taat.
Apakah pula kaitannya api dengan taat? Kelihatan seperti dua perkara yang tidak berkaitan.

Justeru itu marilah kita merenungi semula kisah Nabi Allah Ibrahim yang disebutkan di dalam Al Quran.

“(Setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: “Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?”
“Ia menjawab: “(Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata.”
“Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri) :”sesungguhnya kamulah sendiri orang yang zalim.”
“Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: “Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka mengapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya?)”
“Nabi Ibrahim berkata; “Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikit pun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu.”
“Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu”
“(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!”
“Kami berfirman: Hai api jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!”
“Dan mereka (dengan perbuatan membakar itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).
*Surah An-Anbiyaa’ ayat 62-70

IKTIBARNYA
Daripada kisah Nabi Ibrahim tersebut, kita mengetahui bahawa ketika Nabi Ibrahim dicampakkan di dalam api yang dibuat untuk membakarnya maka Allah memerintahkan api supaya menjadi sejuk untuk kesejahteraan Ibrahim. Maka apa yang api lakukan? Api yang merupakan makhluk Allah yang sememang diketahui panas dan membakar tunduk dan patuh kepada perintah Allah S.W.T. Betapa api yang sebegitu panas membara mampu menjadi sejuk hanya kerana menurut perintah daripada Allah.
Bagaimana dengan kita?
Sedangkan api yang sifat semulajadinya panas mampu menjadi sejuk, apakah kita yang dilahirkan dalam keadaan fitrah tidak mampu untuk berubah kearah kebaikan? Sedangkan api mampu berubah hanya dengan satu perintah daripada Allah sahaja, apakah kita tidak mampu berubah sedangkan betapa banyak perintah Allah kepada kita? Dan berapa banyak pula yang kita ingkari?

Mari muhasabah diri….

No comments:

Post a Comment