TRAVELOG: Tadabbur Alam
Pasti ramai antara kita yang gemar berjalan-jalan a.k.a melancong a.k.a rehlah bukan?
Pasti ramai antara kita yang memilih untuk merehatkan badan dan fikiran dengan bercuti ke
sebuah tempat yang tenang, dikelilingi alam sekitar yang menghijau, dihembus bayu laut yang
tak kurang menenangkan, bukan?
Sia-sia? Buang Masa?
Siapa kata? Ajaibnya kehidupan mukmin, setiap apa yang diperlakukannya boleh menjadi
ibadah dengan niat yang betul. Tak terkecuali juga melancong. Malah jika kena caranya, ianya
dapat menjadi ibadah dan dalam masa yang sama meningkatkan motivasi untuk terus gagah
atas jalan perjuangan ini…
Laut dan Pantai
Alhamdulillah, sabtu, 25 september 2011 saya berkesempatan mengikuti program
Alhamdulillah, sabtu, 25 september 2011 saya berkesempatan mengikuti program
Mahabbah Fasi yang dianjurkan oleh kelab Fasilitator APIUMNP bertempat di Pantai Irama di
daerah…. Errr… ( x pasti) :-)
Disinilah saya dipertemukan Allah sekali lagi dengan makhluk ciptaan-Nya yang bernama laut dan pantai.
Kisahnya Bermula
Berjalan di sepanjang pantai,sambil menghayati keindahan alam, sedang ombak
menghempas pantai, saya terlihatkan buih-buih yang begitu banyak terbentuk di sepanjang
pesisir pantai. Lantas teringatkan buih-buih lautan yang pernah dianalogikan seperti umat Islam
akhir zaman oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W dalam hadis riwayat Thauban r.a., bahawa
Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."
Begitulah keadaannya umat Islam pada zaman kita hari ini. Seperti buih di laut.
![]() |
Umat Islam laksana buih |
Kenapa Seperti Buih?
Nah, kita lihatlah sendiri, bagaimana darihalnya buih di lautan itu. Bukankah ianya banyak
sekali bilangannya? Malah kita boleh menemukannya di mana-mana saja pantai di seluruh
pelusuk, penjuru dunia. Begitulah jua umat Islam, hari ini, umat Islam bukan lagi setakat berada
di jazirah Arab. Hasil keringat dan darah baginda Rasulullah, sahabat dan pengikut-pengikut
mereka, hari ini, kita boleh sahaja menemukan umat Islam di Jepun, mendengar laungan azan
di Russia, dan menjumpai masjid tersergam megah di U.S.A. Setiap kali tiba musim haji,
bukan menjadi perkara aneh bagi kita untuk melihat jutaan umat Islam berpusu-pusu ke Mekah
untuk melaksanakan ibadah haji. Betapa ramainya umat Islam hari ini.
![]() |
ramai, seperti buih. |
Buih lautan itu juga, bukankah ianya setiap kali datang ombak yang lain memukul pantai, akan terhasillah buih-buih baru yang tidak kurang banyaknya seperti bilangan asalnya tadi?
Apa bezanya dengan umat Islam?
Setiap tahun, ratusan ribu, malah jutaan tambahan umat Islam kepada bilangan umat Islam
sedia ada. Ibu-ibu yang beragama Islam melahirkan anak-anak mereka, sekian ramai
golongan muallaf yang memeluk Islam. Malah Islam merupakan antara agama yang paling
pantas berkembang di benua Eropah dan Amerika Syarikat. Semuanya menambahkan
bilangan umat Islam.
Tetapi, mereka seperti buih
Ya, umat Islam, walaupun banyaknya seperti buih, bertambahnya seperti buih, namun lemahnya
juga seperti buih. Tidak bergunanya juga seperti buih.
Tidak perlu dicucuk ia akan meletup sendiri.
Tidak perlu ditiup ia akan berlaga sesama sendiri dan pecah.
Jika ada pun perubahan apa yang ia mampu lakukan kepada daratan, kepada pantai?
Inilah kenyataan pahit yang terpaksa kita telan, sebagai umat islam hari ini. Tidak perlu dibedil
kaum kafirin, mereka sendiri akan bertelagah dan berbunuhan.
Ya jika adapun, perubahan apa yang dilakukan pada dunia hari ini?
Undang-undang, undang-undang itulah.
Sistem pemerintahan, sistem itulah.
Kapitalis, kapitalis itulah.
Ekonomi, ekonomi itulah.
Hiburan, maksiat, ya yang itulah.
Tiada apa yang berubah!
Berubahlah, menjadi ombak!
![]() |
mari jadi ombak. |
Bersatu-padulah. Jadi ombak.
Bukan ombak biasa-biasa, yang lebih banyak bunyinya dari perubahannya.
Kita jadi ombak besar, ombak gadang, ombak Tsunami.
Kita langgar pantai Jahiliyyah, kita badai bumi Jahiliyyah, kita rombak landskap Jahiliyyah.
Moga ‘sayonara’ Jahiliyyah, kita tak akan bertemu lagi.
Bagaimana?
“Kalau mahu mengalih gunung, alihlah batu yang kecil dahulu, satu demi satu, hingga teralih gunung itu.”
Kalau mahu mengubah umat, ubahlah diri kita dahulu.
Kalau mahu masyarakat baik, kita dahulu yang jadi baik.
“Dirikanlah negeri Islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegak di bumi kamu.”
Akhir kata, Bertadabburlah.
Daripada suatu perjalanan biasa, kita mampu temukan sesuatu yang luar biasa, jika kita mahu berfikir.
Betapa banyak ayat Al-Quran yang menyeru kita supaya berfikir, bertadabbur, mengambil ibrah.
Semoga manfaat buat semua.