majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Monday, February 27, 2012

SAYONARA, NILAM PURI…

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat kena tackle...

Pejam. Celik. Pejam. Celik. Pejam. Pejam. Pejam…..
Woi!!! Bangun! Kelass!!!
Pergi kelas. Balik kelas. Pergi kelas. Balik kelas. Tak pergi kelas. Tak balik kelas….
Aikkk??? Dah 4 sem dah kat sini?

 Rase baru je lagi mendaftar sem 1 kat Dewan Johor dengan muka kiut innocent tu,

 rasa, rasa macam baru semalam je (ok yang ini melampau).

   Macam tu la hidup manusia. Kalau korang tanya aku, aku akan cakap aku rasa macam baru seminggu je aku habis UPSR, cepat betul masa berlalu.

   Ok, memanglah kalau time tengah siapkan assignment tengah-tengah malam tu ada la gak rasa macam tunggu dua tahun nak siapkan,

   pulak-pulak time kelas-kelas yang agak kurang menarik minat kita aritu, memang rasa macam jam kita rosak la pulak, tikk…. Tokkk… tikk… tok….

Tapi still, rasa macam sekejap sangat dah habis usia pengajian kita 2 tahun kat sini.

 Kalam, istimak, maqal,
Nahu, sorof, mutholaah,
BI, Koko, praktikal ibadat,…

Ustaz Zamri, ust lah, ust azrien,
Dr Najib, Dr Said, TP
Ustz Mahyuddin, ustaz Azhar, Dr. Alwee,…

Tamat. Its now over. No more. No matter how hard you miss it. Just, no more.

La, rilek la, jangan nangis pulak abang mat, pakcik dragon, akak pah, makcik joyah…
(err… boleh tolong hulur kotak tisu tu tak?....)


Seriusnya, minggu-minggu terakhir ni banyak membuatkan aku berfikir. Berfikir dan merenung kembali, 2 tahun yang telah dilalui.

Dengan apa telah aku habiskan?

 Apa yang aku telah peroleh?

 Sebanyak mana yang aku bazirkan?

Dan, hasilannya, ada beberapa sudut yang aku rasa berbaloi, dan selebihnya  aku rasa terkilan, terkilan sebab sebenarnya aku boleh buat lebih daripada itu.


POST MORTEM

    Marilah kita sama-sama, mencari ruang dan luang sejenak untuk post mortem semula hidup kita selama 2 tahun ni. Untuk kita cari kekurangan-kekurangan yang telah berlaku, dan paling penting untuk kita cari jalan membaikinya di masa akan datang.

Memang benar, tidak ada perkataan ‘kalau’ dalam hidup kita.

“Kalaulah aku tak ponteng kelas dulu,…”

 “Kalaulah aku pergi tafaqquh tiap-tiap minggu…”

 “Kalaulah aku banyak lepak maktabah…” (Aduh! Apsal kepala macam kena pukul ni?)

 “Kalaulah aku fokus lebih dalam kelas dulu…”

 “Kalaulah aku…..”

 dan senarainya berpanjangan…

   Tetapi sebaliknya,bangkitlah, sambil menyapu kotoran di belakangmu seraya berdiridengan yakin dan katakanlah:

“Aku tak sepatutnya dah ponteng kelas, lepas ni aku janji takkan ada satu pon petak kosong dalam borang tawkiq aku!”

 “Aku tak patut ponteng tafaqquh dulu, lepas ni aku akan cari kelas tafaqquh lain,
kalau takde, aku buat tafaqquh sendiri!!!” (cewahh)

 “Memang silap aku tak fokus dalam kelas dulu, tengok la lepas ni, aku nak tenung muka lecturer sampai lebam!”

 “Dulu aku…. Tapi sekarang aku akan….”

   Ha itulah namanya koreksi. Kita buat penambah-baikan pada gerak-kerja kita, bukannya sekadar duduk memeluk lutut di sudut bilik sambil meratapi salah-silap lama.

“Seorang Muslim itu takkan jatuh dalam lubang sama sebanyak dua kali!”



Mari kita menyusun sepuluh jari.

   Tanpa kuih semprit dan kuah kacang. Tanpa lemang dan air sirap, marilah kita sama-sama menyusun sepuluh jari tangan, untuk bermaaf-maafan sesame kita.

Tipulah kalau kata, dalam dua tahun ni tak ada sesiapa yang buat silap.

 Dan lebih bohonglah kalau cakap, dalam dua tahun ni aku takde buat salah silap ngan korang.

 Lebih pendusta lah kalau bagitahu, dalam empat sem ni korang takde wat silap ngan aku.

 Malahan lebih kaziblah kalau kata, dalam 365x2 hari ni korang takde terasa hati ngan perbuatan aku, dan aku pulak takde ter’touching’ ngan perbuatan korang.

TEETtt. Anda kantoi di situ mak Jemah!

Jadi, boleh tak, kita saling maaf-memaafkan? Halal menghalalkan apa yang terlebih kurang?
* tapi kalau hutang tu bayar balik la pakcik oi!!!


Cari jalan penyelesaian.

   Segala masalah yang berlaku, perselisihan yang terjadi, salah-faham yang timbul, konflik yang meruncing, dendam yang kesumat, marilah kita sama-sama rungkaikannya.

   Tak perlulah kita nak terus berpura-pura, memainkan watak wayang, menjadi pelakon terbaik, dengan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Cukuplah!

Sinetron bawang putih bawang merah yang sumpah panjang giler itupun ada pengakhirannya.

Pelakonnya pon akhirnya berhenti berlakon.

Bawang putih kembali menjadi dirinya, begitu juga Ferdi.

Bahkan pari-pari itu pon berhenti menjadi pari-pari, lantas kembali menjadi manusia.

Kita, sampai bila nak terus berteater?

   Mari kita sama-sama menapak damai ke meja rundingan, merungkai segala masalah yang timbul, menyetel apa yang tak setel.

Hari itu, kita jadi diri sendiri. Bukan siapa-siapa.

Kerana, hubungan ukhwah kita ini adalah hubungan hati, bukan interaksi luaran semata-mata.

Salah dan silap, kesilapan sahabat-sahabat yang kecil itu, berlapang dadalah…

Bukankah lebih besar kebaikan, kasih-sayangnya kepada kita berbanding keburukannya?

Dan lagi satu, sedarlah, kita sekarang sedang bersahabat dengan ‘manusia’, yang memang tabi’I nya berbuat silap.

     Jika kita tak nak terima, tinggalkanlah sahabat manusia anda itu, dan kembalilah untuk bersahabat dengan sahabat-sahabat malaikat, puteri-puteri kayangan anda itu.

Jika ada.

“Dua perkara yang harus kau ingat; kebaikan orang lain pada dirimu, dan keburukanmu pada orang lain.
Dua perkara yang harus kau lupakan; kebaikanmu pada orang lain, dan keburukan orang lain pada dirimu.”


Ini Hanya Asasi

Asasi Syariah.

Asasi Usuluddin.

Asasi Pendidikan Islam.

Ini hanya asasi.

2 tahun ini hanya Asasi. Foundation. Tamhidi.

Ini hanya tempat untuk menyediakan, memperkuat, asas-asas.

Nilam Puri ini bukan pengakhiran, kepada pembelajaran kita, pentarbiahan diri kita, gerak kerja dakwah kita.

Di sini hanya asasnya.

Umpama seorang tentera, kita di bumi  tarbiah ini hanya untuk mempersiapkan diri kita, memperkemas skill-skill asas kita.

Kita diajar asas-asas.

Menembak.

Memasang khemah.

Memburu.

Tobur. (eh?)

Bertempur.

Serang hendap.

Rehlah. (eh???)


   Jadi, tiada siapa yang jamin, keluarnya kita dari kem latihan asas-asas ketenteraan ini, kita sudah mampu menjadi komando, mengenderai jet pejuang, memasang periuk api, membawa kereta kebal.

   Begitu juga di sini, tiada siapa yang mengharapkan, keluarnya antum semua dari Nilam Puri ini, sudah mampu berfatwa, mencerap bintang, memberi seminar ekonomi Islam mahupun mensyarahkan kitab-kitab tauhid apatah lagi mampu berijtihad sendiri.

Di sini hanya untuk mempersiapkan asas-asas kita, sama ada akademik mahupun tarbiah diri.

Di Kuala Lumpur nantilah, kita akan bertempur, membaling bom, menikam, mengendali kapal perang dan sebagainya.

Jadi, marilah kita muhasabah kembali, adakah sudah lengkap asas-asas kita?

 Jika belum, masih belum terlambat.

Nilam Puri bukan pengakhiran. Ianya adalah permulaan.

 Tugas kita bukan hanya memungut mutiara-mutiara tarbiah di sini, kemudian pergi.

 Tugas kita ialah:
     MEMBAWA BUMI TARBIAH INI KE LUAR lALU MEMBUMIKANNYA DI LUAR!!!


Akhirnya: Di KL nanti,..

Semoga, di KL nanti, kita masih seperti ini.

Tidak, saya tidak maksudkan tubuh badan antum yang gempal itu terus dikekalkan sehingga ke KL nanti, Tidak! (hehehe)

Yang saya maksudkan di sini, iman, islam, dan akhlak kita.
Ukhuwah dan amar makruf nahi mungkar kita.

Bersedialah, di KL nanti, fitnah yang lebih besar sedang siap menanti kita.

Siaga untuk menyerang dari segala aspek, akidah, syariah dan akhlak.

Akidah-akidah songsang, perlanggaran batas syarak, dan akhlak yang jijik bakal menyambut kita di sana nanti.

Maka berhati-hatilah.

Boleh tak kita janji?

Di KL nanti, kita akan selalu ambil peduli.

    Kalau awak jumpa saya tengah buat perkara tak elok; bergaul bebas, bercouple, berpakaian tak senonoh, berakhlak buruk, awak tak akan segan silu baling pen g-soft 70 sen awak tu tepat kat dahi saya. Supaya saya sedar semula.

   Dan kalau saya yang jumpa awak; tengah berdating, bergayut dengan couple, tak tutup aurat dengan sempurna, suka-suka hati ponteng kelas, tinggal solat, awak tak akan tanya kenapa kalau saya shoot selipar crocs saya ni tepat kat belakang tengkuk awak.

Boleh? Janji?

Ok set.

   Marilah kita sama-sama mengambil semangat para sahabat Rasulullah yang sanggup keluar dari “kawasan selamat” mereka di Madinah,
semata-mata untuk menyebarkan kebaikan,
menegakkan syiar Islam.
Menjadikan Islam itu professor bagi alam.

Muadz bin Jabal tiada di Madinah, bersama-sama Rasulullah ketika kewafatan baginda.

    Saad bin Abi Waqas, sanggup meninggalkan biah yang super ultra solehah di bumi Madinah, untuk menjalankan tugas syahadatul haqnya, menyampaikan seruan mentauhidkan Allah hingga ke bumi China. Negara “Ni shiao shen ma?”

Ternyata mereka adalah panah dari panah-panah Islam yanh siap-sedia untuk di panah ke mana sahaja.

Apalah sangat nak dibandingkan dengan kita.

Ok last dah ni.

   Pernah dengar tak hadis tentang “ wa rajulaani tahabba fillah ijtama’a alaih wa tafarraqa alaih”? (2 orang lelaki yang berkasih-sayang kerana Allah, mereka bertemu kerananya dan berpisah kerananya) (kalau tak hafal pi tasmik semula… huhu)

Semoga kitalah jadi 2 orang tu.

Eh, la kan dah cakap jangan nangis tadi, tengok saya, cool je…  (sob.. sob…err… ada tisu lain tak? Boleh tak hulur kotak tisu tu pulak?)