majmuah 4 2010/2011

majmuah 4 2010/2011
kElmaRiN hAnYa tInGgAl KeNaNgAn...bErsAmA MeMoRi SeMaLaM...,

Sunday, October 24, 2010

APA SEBENARNYA ERTI IKHLAS


Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi Ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas ;
Membantu seseorang sambil berkata,
" Ambillah, saya ikhlas. "
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
" Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak. "
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
" Yang Ikhlas " atau " Yang Benar "
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Tiada sesiapa yang mengetahui yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Erti Ikhlas :
Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ianya sudah tidak tulen lagi.
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, membaca Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya.
Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.
Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.
Khususul Nafs :
kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
  •  awal
  •  pertengahan
  •  akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;
" Inilah masanya nak jadi popular. "
" Aku akan jadi terkenal. "
" Dengan ceramah ini dapatlah duit poket. "
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata ;
" Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis. "
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;
" Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis. "
Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah, tiba-tiba apabila siap sahaja rumah itu runtuh menyembah bumi.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab mempunyai rasa riak. Sifat takwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Friday, October 15, 2010

rehlah@somewhere in kelantan(sambungan...)

Alhamdulillah. Selesai rehlah kami di Jeram Linang kami meneruskan percutian kami ke Pantai Kandis. Ini adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam sepanjang percutian kami di Pantai Kandis.

ha dh smpai....




check-in bilik... tv, ada... aircond, ada... huraayyy!!!
Turun ke laut!!!


sedang memakan angin...
tertanam member...
pengalaman yang tak dpt dilupakan: solat asar di tepi pantai...
Nelayan yang berjaya...
Aktiviti petang: BBQ

yummy...

Thursday, October 14, 2010

Sajak: Tetamu senja

Tetamu Senja
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said

Wednesday, October 13, 2010

Rehlah@somewhere in kelantan(edisi muslimin)

  Alhamdulillah, akhirnya semua ahli majmuah 4 telah selesai menduduki final exam utk semester ini(sem 1). Kesempatan ini telah diambil oleh ahli majmuah 4 utk pergi bercuti!!! Insyaallah hari ini penulis ingin mencoretkan perjalanan percutian muslimin majmuah 4.Walaupun tidak kesemua muslimin majmuah 4 dpt mnyertainya namun alhamdulillah majoriti muslimin majmuah 4 menyertai percutian ini...

  Percutian kami bermula seawal melangkah keluar dari Dewan Johor usai menjawab paper terakhir kami(nahu-sorof)(Hahaha awalnya!). Kami menyertai muslimin-muslimin majmuah lain utk berekreasi di jeram pasu (Plan awal). Selesai jamuan perpisahan dan solat zohor, kami semua berkumpul di dataran alghazali sebelum bertolak ke jeram pasu. Terdapat taklimat ringkas utk mlancarkan perjalanan memandangkan bilangan peserta yang agak ramai.

ape-apepon doa jgn lupe...
   Sesampainya kami di jeram pasu kami pon mengambil keputusan utk menukar destinasi kami ke jeram yang lain pula... Kenapa? memandangkan keadaan di jeran pasu yang kurang "efisien" utk kami bermandi manda...

ape-ape hal bergambar dulu...



 Akhirnya kami bersepakat utk meneruskan perjalanan kami ke Jeram Linang pula...

ha dh smpi...
inilah jeram linang.. destinasi pertama rehlah kami...
 Kami bergerak keluar dari jeram tersebut selepas solat asar... destinasi seterusnya? KB Mall!!!...(mkn2 dan main boling)
Bersambung.......

Tuesday, October 12, 2010

cuti sakan yer!!!!

*gambo2 yg smpat diskodeng mse gi pntai kandis..hee~(6-7 0kt '10)

 jom2...,

 bye kak l0ng..hee~

 meh adik tl0ng akak2..

 senyum seindah suria..huah2~

 3 per0nda pantai..pepagi ari da wat keje..=P

 aksi kanak2 ribena...

 uiks?!!

 kumplan nasyid majmuah versi cetak r0mpak..kuah2~

 iyarkh2!!!
*farid!!!k0 wat pe tue???

 kehilgn 0rg trsyg...*ye ke???

  tg0k je???pmalaz!!

 yeah!!!

 pngikut stia..,

 sempt lagi???

 sbl0m blik,amik gambo lu..

 ermmm....

 bye2!!!

balik....